Monday 6 February 2012

Oh! Patutla Tak Gerak

Suatu ketika dahulu, di sebuah perkampungan asli di amerika, ketua kampung orang asli tersebut telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut di gantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.

Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut.

Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk hebat lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan dan belakang. Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan dengan tidak sengajanya terkuis bateri itu keluar dari tempatnya.

Entah macam mana ada pulak bangkai seekor cicak di celah tempat bateri tu. Beliau pun dengan bangganya memberitahu kepada anak-anak buahnya.

"OOOO...patutlah tak gerak. Drebarnya mati tershepittttt....!!"





P/S : Biar pandai, jangan memandai-mandai~

Sunday 5 February 2012

4 Larangan Ketika Tidur

1. JANGAN TIDUR MEMAKAI JAM TANGAN
Jam boleh menghasilkan radioaktif, walaupun hanya sedikit, tapi kalau terlalu lama memakainya boleh mendatangkan bahaya.

2. JANGAN TIDUR MEMBAWA HANDPHONE

Gelombang Medan magnet yang dihasilkan oleh alat elektronik ini, boleh merosakkan sistem syaraf kita

3. JANGAN TIDUR KETIKA MASIH MEMAKAI MAKE-UP

Hal ini dapat menimbulkan masalah pada kulit, kerana kulit tidak dapat bernafas

4. JANGAN TIDUR DENGAN ISTERI ORANG (buat lelaki)
Ini kerana anda mungkin tidak akan bangun lagi buat selamanya (dibunuh oleh suami nya.)

P/S : Jangan sekali-sekali mencuba larangan yang ke-4 walaupun anda adalah orang yang paling gagah di kampung/taman

Saturday 4 February 2012

Pandai Kamu Mengira

Cikgu bertanya kepada muridnya, "Siapa diantara kamu dalam kelas ini pandai mengira?"

Meon mengangkat tangan.

"Betul kamu pandai mengira?"

"Ya cikgu! Ayah saya yang ajar."

"Baik, cuba kita lihat. Selepas tiga, berapa?"

"EMPAT!"

"Bagus! Selepas enam?"

"TUJUH!"

"Selepas sembilan?"

"SEPULUH!...", jawab Meon.

"Bagus Meon! Ayah kamu memang seorang yang pandai mendidik anaknya. Selepas sepuluh, berapa?", tanya Cikgu lagi.

"JACK, QUEEN & KING!!" jawab Meon dengan yakin.






P/S : Bapa Borek, Anak Ikut je la~

Friday 3 February 2012

Nasib Baik Tak Kena Tikam

Murid : Tok! Malam tadi saya bermimpi di datangi seorang lelaki bengis, berpakain serba hitam, menaiki kuda lalu mengacukan pedang ke arah saya. Apakah maksud mimpi tersebut tok??

Tok : Adakah dia menikam kamu dengan pedang tersebut?

Murid : "TIDAK"

Tok : Baguslah. Kalau dia tikam kamu, pegi buat laporan polis dengan segera.


P/S : Cuci kaki & baca doa sebelum tidur~

Thursday 2 February 2012

Tikus.. Haiwan Yang Terhebat

Suatu petang di rumah konkrit milik seorang jutawan bergelar datuk, 3 ekor tikus kembar bersembang di lubang tersorok di sudut dapur. Masing-masing jual temberang.

Tikus 1 : Ahad lepas, ketika saya berjalan di kebun bunga di belakang dapur, saya terjumpa perangkap tikus. Ceh! Tuan rumah ini mahu perangkap saya. Sekali saya tendang perangkap itu, terus terbang nuuun seberang jalan. Padan muka perangkap bodoh itu.

Tikus 2 : Saya pulak, masa menyelongkar di almari kayu depan kita itu, saya terjumpa setin racun tikus yang masih segar. Apa lagi, terus saya makan hampir habis. Bakinya saya tabur dalam beras bawah almari tu. Padan muka depa, tengok la sapa mati. Saya ok lagi ni, malah rasa makin sihat selepas makan racun tikus itu.

Tikus paling montel di antara 3 ekor tersebut yang hanya mendengar tadi terus menyampuk.

Tikus 3 : Korang nampak tak kucing mengandung yang baring bawah kusyen sana tu? Hah! Tengah sarat tu. Dah 2 bulan. Kalau korang nak tau, anak yang dikandungnya itu adalah zuriat aku.




P/S : Hati-hati dengan kencing Tikus~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...