Saturday 27 August 2011

Saya Orang Paling Malas

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat Rajin belaka tidak ada yang malas.

Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari Seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku paling malas.


Katanya : “Saya adalah yang paling malas

Raja pun bertanya : “Apa tahap malas awak?

Lalu jawab lelaki tersebut :”Kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya”.



Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : “Saya lebih malas lagi dari dia tuanku”.

Tuanku pun bertanya kepadanya : “Sampai mana pulak tahap malas awak?

Maka jawabnya : “Kalau saya makan pun, sampai ada orang tolong kunyahkan”.



Maka raja pun terdiam?



Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepada raja sambil berkata:

Saya lah orang yang paling malas tuanku”.

Raja pun bertanya, : “Bagaimana pula tahap kemalasan awak?

budak itu pun menjawab : “Nak cite pun malas”.


P/S : HuH~ Malas nak tulis..

Friday 26 August 2011

Ku Miliki Jua Akhirnya

MAK : Nak. Mak sudah tak kuat lagi. Mak minta kamu sambung mengusahakan kebun Mak.

ANAK : Jangan cakap mcm tu Mak (Dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung. Dapat pulak harta pusaka dia)

MAK : Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa siram tanaman Mak tiap-tiap pagi dan petang.

ANAK : Baik Mak. Mak jangan bimbang tentang hal tu. Tapi dimana kebun Mak? Mak tak pernah pun cerita.

MAK : Di Facebook... 'Farmville'


P/S : Jangan lupa jual hasil tuaiannya

Thursday 25 August 2011

Tempat Paling Best Bercuti

Pada pagi yang ceria di dalam kelas darjah 3 Anggerik Cikgu Roslina bertanya pada anak muridnya kemana mereka ingin pergi bercuti bersama keluarga pada musim cuti sekolah yang akan datang.

CIKGU : Siti pada musim cuti sekolah nanti kamu nak pergi kemana ?

SITI : Saya nak balik kampung atuk saya di Pahang.

CIKGU : Kamu Ramli?

RAMLI : Saya nak pergi Genting Highland.

CIKGU : Kamu Ahmad?

AHMAD : Saya teringin nak pergi bulan la cikgu.

Semua murid-murid ketawakan Ahmad.

CIKGU : Ahmad.. kalau nak pergi bulan kena jadi angkasawan dulu...ok. Kamu pula Adam.

Dengan semangat Adam menjawab...

ADAM : Saya nak pergi Matahari...

CIKGU : Adam... matahari kan panas mana ada manusia pergi sana....

ADAM : Kita pergi malam.....


P/S : Pergghh!! Idea yang bagus..

Tuesday 23 August 2011

Jangan Degil, Nanti Awak Tak Mendarat

Seorang gadis yang berpakaian seksi dan berambut perang dengan selamba duduk di tempat duduk di kelas pertama sebuah kapal terbang yang akan berlepas ke Kuala Lumpur. Lalu seorang pramugari menyapa "Cik, tempat duduk cik dibelakang sana sebab tiket cik untuk kelas ekonomi".

"Eh! Awak siapa nak paksa saya duduk disana. Gadis cantik seperti saya tak layak duduk di belakang sana. Faham tak!!" Tengking gadis seksi itu dalam nada suara yg tinggi.
Kecewa dengan sikap penumpang itu, pramugari terus memberitahu ketuanya."Cik kena pindah ke kelas ekonomi kerana tempat duduk ini untuk penumpang lain"pujuk ketua pramugari itu.

"Awak ni pon lagi satu, takkan saya nak duduk di belakang kot tengok oranglah!!!" katanya. Oleh kerana tiada pilihan lain, mereka terpakasa memberitahu kapten dan kapten telah membisikkan sesuatu ke telinga gadis tersebut. Beberapa ketika, gadis itu bangun dan duduk di tempat yang sepatutnya. Ketua pramugari naik hairan melihat kejadian itu.

Lalu ketua pramugari bertanya kepada kapten "Apa yg kapten bisikkan kepada wanita itu tadi?"
"Saya beritahu dia, kelas pertama tak mendarat di Kuala Lumpur. Thats all" jawab kapten dengan selamba.


P/S : Cantik tak semestinya bijak

Monday 22 August 2011

Kerja Rumah

Seorang guru memarahi anak muridnya yang tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan semalam.

GURU: Ali, mengapa awak tidak membuat kerja rumah yang cikgu beri ?

ALI: Emak saya beritahu saya supaya tidak membuat kerja rumah.

GURU: Mengapa emak awak berkata begitu ?

ALI: Kerana semua kerja rumah emak saya yang buat.



P/S : Ciri-ciri seorang guru yang baik ialah sabar menghadapi karenah anak muridnya.

Sunday 21 August 2011

Boleh Tak Saya Merokok??

Seorang penumpang di dalam kereta api elektrik bertanya pada konduktor.

PENUMPANG : Adakah merokok dibenarkan?

KONDUKTOR : Tidak sama sekali.

PENUMPANG : Kalau begitu dari mana datangnya puntung-puntung rokok ini?

KONDUKTOR : Dari mereka yang tidak bertanyakan soalan.



P/S : Katakan Tak Nak Pada Konduktor!

Saturday 20 August 2011

Saya Bersedia Memakannya

Seorang salesman "Vacum  Cleaner" menuju ke sebuah rumah. Diketuknya pintu depan. Belum sempat tuan rumah itu berkata sepatah perkataan pun, dia menghamburkan pelbagai kotoran ke karpet ruang tamu.

"Puan!" katanya, "Saya yakin akan kemampuan mesin ini. Karpet ini akan bersih kembali seperti sediakala dalam sekelip mata sahaja. Jika masih kekotoran yang tertinggal, saya bersedia untuk memakannya".. kata salesman itu dengan bangga.

"Kalau begitu kamu bolehlah memakannya sekarang kerana rumah saya belum ada elektrik".


P/S : Jangan memandai-mandai

Friday 19 August 2011

Saya Dah Pulih Semula

Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang-pukang kerana menyangka ayam itu akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke dalam rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian terhadap lelaki itu bagi mengenalpasti sama ada lelaki itu sudah pulih atau tidak.

DOKTOR: Awak tahu siapa diri awak sekarang?

LELAKI: Ya doktor.

DOKTOR: Siapa awak?

LELAKI: Saya manusia.

DOKTOR: Yeke? Bukan jagung?

LELAKI: Tidak doktor.

DOKTOR: Kamu takut dengan ayam?

LELAKI: Tidak doktor.

DOKTOR: Hmm, nampaknya kamu telah pulih.

LELAKI: Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.

DOKTOR: Apa dia?

LELAKI: Ayam tau tak saya dah jadi manusia?

DOKTOR: @*&%#^$@



P/S : Sedap buat Pop Corn~

Thursday 18 August 2011

Saya Nak Beli Mangga Yang Tak Manis

Pada suatu hari ada seorang pembeli yang sedang tawar-menawar dengan seorang penjual buah mangga.

PEMBELI : "Bang, berapa harga mangga sekilo?"
PENIAGA : "RM7!"
PEMBELI : "Amboi, mahal sangat... RM5 sudah la!"
PENIAGA : "Tak boleh dik, harganya dah cukup murah tu!"
PEMBELI : "Kalau tak manis, macam mana bang?"
PENIAGA : "Kalau tak manis, tak payah bayar."
PEMBELI : "Kalau macam tu, beri saya yang tak manis 10 kilo!"



P/S : Kan dah dapat mangga free sebijik~


Wednesday 17 August 2011

Wordless #3

 

Monday 15 August 2011

Siapa Berani Curi??

Di sebuah zoo, seorang penjaga zoo telah dimarah oleh ketuanya akibat kecuaian yang telah dilakukannya.

KETUA : Apesal kamu tak kunci kandang singa ni semalam? Bahaya betul lah!!

PEKERJA : Tak perlu risau la bos. Sepanjang 20 tahun saya bekerja kat zoo ni, belum ada lagi kes Singa kene curik. Saper berani curik...

KETUA : $#%^&%%^#


P/S : Bertindak Mengikut Arahan!!

Sunday 14 August 2011

Hari Pertama Saya Bekerja

Dalam sebuah teksi yang menuju ke bandar, seorang penumpang ingin bertanya kepada pemandu teksi tersebut. Lantas dia menepuk bahu pemandu teksi dengan perlahan. Tiba-tiba pemandu teksi itu menjerit dan tak dapat mengawal kenderaannya dan hampir melanggar sebuah bas. Nasib baik teksi itu sempat berhenti. Untuk beberapa ketika suasana sepi, kedua-duanya cemas.

Kemudiannya pemandu teksi berkata,.. “Hei … awak jangan buat macam tu lagi tau. Awak buat saya takut!!" Penumpang itu minta maaf sambil berkata, “Saya tak sangka awak takut macam tu sekali. Saya cuma tepuk bahu awak je

Pemandu itu menjawab, “Maaf Encik, sebenarnya hari ni adalah hari pertama saya bawak teksi. Sebelum ni, saya dah 25 tahun bawak kereta jenazah"




P/S : Ingatkan mayat yang tepuk bahu saya tadi~

Saturday 13 August 2011

Ajal Mu Belum Tiba

Jukjai merupakan seorang ahli Kelab Pencinta Alam telah ditugaskan membuat kajian tentang masyarakat peribumi yang ganas di hutan Amazon.

Sedang beliau berjalan di hutan, tiba-tiba dia telah dikepung oleh sekumpulan Cannibal. Jukjai berasa terlalu takut kerana dia memang tahu yang Cannibal mempunyai kegemaran makan daging manusia.

Dalam menunggu saat diserang oleh Cannibal. Tiba-tiba muncul satu suara yang datang entah dari mana dan berkata "Jangan takut wahai orang muda. Ajal mu belum tiba. Hahaha!! Ambillah batu besar berdekatan kaki mu itu dan hempukkan dekat kepala Ketua Cannibal itu" kata suara itu seraya terus menghilang.

Jukjai terus mengambil batu itu dan menghempuk kepala Ketua Cannibal itu. Di sebabkan hempukkan tersebut, Ketua Cannibal itu pun terus mati. Anak-anak buahnya tersangat marah sambil cuba menyelamatkan bos mereka.

Kemudian, suara itu itu muncul semula "Hai orang muda, sekarang barulah ajal mu tiba. Hahaha!" Suara itu terus menghilang.


P/S :Jangan terpedaya dengan suara-suara sumbang yang datang ntah dari mana..

Thursday 11 August 2011

Ketahui Kehebatan Lelaki

1) Tak perlu mengandung

2) Boleh kencing merata-rata

3) Kerjanya sama, tapi gaji lebih

4) Kedut dan boroi lambang kejantanan

5) Orang tak pandang ke dada bila bercakap dgn mereka

6) Berbual di telefon 30 saat je

7) Boleh pakai sepasang baju dan sepasang seluar selama 5 hari berturut-turut

8) Di puji sebab berjaya keluarkan 1 idea yg ciput

9) Boleh pakai seluar dalam yang berharga RM9.90 sekotak (ada 3 helai)

10) Boleh pakai baju yang berkedut

11) Apa yang ada di muka semuanya ori

12) Stail rambut sama saja selama bertahun-tahun dan mungkin berdekad

13) Boleh pakai sepasang kasut dan sepasang stoking sampai koyak

14) Boleh pakai seluar pendek walaupun kaki.... Urrggghhhh~~

15) Misai berserabut? No hal lah...

16) Boleh mengorat

17) Bergaduh / Bertumbuk di khalayak ramai tanda kegagahan

18) Merokok itu macho

19) Boleh pegi kedai hujung beli rokok hanya pakai seluar pendek tak berbaju dengan muke selamber

20) Pakai seluar koyak.. "Gua Rock maaaaa!!!"


P/S : Biar Macho, Jangan Poyo~

Wednesday 10 August 2011

Wordless Wednesday #2


Tuesday 9 August 2011

Lelaki Misteri Di Kala Hujan

Malam itu, ada seorang pemuda yang baru pulang dari tempat kerja terpaksa menumpang teduh di suatu rumah yang hanya dihuni oleh seorang ibu dan anak perempuannya karena hujan dengan deras membasahi bumi. Kerana dilihat diluar ada seorang laki-laki, ibu itupun memberanikan diri untuk bertanya kepada pemuda itu.

IBU : Nak, dari mana ?

LELAKI : Maaf makcik, saya cuma menumpang berteduh di rumah makcik. Setelah hujan berhenti nanti saya akan pulang.

IBU : Oh begitu.. tiada apa-apa.

Kerana ibu itu yakin pemuda itu orang yang baik, dia pun mempelawa pemuda itu masuk kedalam rumah. Kerana di luar hujan masih lebat dan malam pun sudah semakin larut, Ibu itu memberanikan diri untuk membenarkan pemuda tidur semalam di rumahnya

Mendengar ajakan Ibu itu, dengan malu-malu (tapi mahuu) si pemuda itu pun tidak keberatan untuk sekadar menumpang barang semalam di rumah itu, apalagi Ibu itu punya anak perempuan yang cukup cantik. lagipun kebetulan di rumah itu masih ada satu bilik kosong, Ibu dan anak perempuannya bergegas mengemas bilik kosong itu, sementara si pemuda itu ditinggalkannya di ruang tamu.

Selang beberapa kemudian, Ibu dan anaknya kembali ke ruang tamu untuk menemui pemuda tadi. Betapa terkejutnya mereka kerana pemuda itu sudah tidak ada lagi. Ibu dan anaknya saling berpandangan, rasa takut mula menghantui mereka berdua siapa tahu kalu si pemuda tadi bukan orang tapi jelmaan makhluk ghaib. Hujan yang semakin deras dan kilat yang saling menyambar menambah ketakutan mereka. Sedang mereka dalam ketakutan itu, tiba-tiba mereka berdua dikejutkan pula oleh si pemuda tadi yang tanpa dijemput masuk kembali kedalam rumah dalam keadaan basah kuyup. Tanpa berpikir panjang walaupun masih ada rasa takutnya, Ibu itu pun bertanya kepada si pemuda.

IBU : Nak, dari mana basah kuyup ni ?

LELAKI : Maaf makcik, saya pulang dulu ke rumah ambil bantal dan selimut!



P/S : Ada udang di sebalik Kuetiow~

Monday 8 August 2011

Apa Yang Patut Kita Buat Kat Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara

1. Bubuh kerengga kat seluar dalam dier.

2. Hempuk kepale dier gune buah durian.

3. Simbah asid kat seluruh badan dier.

4. Bawa dier naik ke puncak Menara KLCC, pastu tolak dier.

5. Ikat kaki & tangan dier pastu letak kat landasan kereta api.

6. Panaskan seterika selama seminggu, pastu tampal kat muka dier.

7. Campak kat Kolam Buaya.

8. Jamu dier ngan makanan bercampur kapur barus.

9. Bungkus ngan kain kafan & tanam dier hidup-hidup.

10. Ikat kaki, tangan & mulut dier pastu simpan kat peti mayat di bilik mayat hospital selama bertahun-tahun.

 KLIK GAMBAR UNTUK ZOOM

P/S : SIAL LA!! PTUIH!!


Sunday 7 August 2011

Saya Bertemu Lailatul Qadar

"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid " kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

" Kenapa? " tanya Abah.

" Lailatuqadar " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid? "

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

" Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor. Pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah..!" sambung Abah dengan muka serupa harimau.


P/S : Kan dah kene kompang~

Saturday 6 August 2011

Berikan Dia Diskaun Hukuman

Di sebuah mahkamah, satu perbicaraan mengenai kes kecurian sedang dijalankan.

"Dengan ini kami memutuskan, tertuduh dijatuhkan hukuman penjara selama setahun" Hakim akhirnya menjatuhkan hukuman.

"Apakah tertuduh, penuntut umum atau pendakwa raya menerima hukuman ini?" tanya Hakim.

"Saya tidak berpuas hati dengan hukuman tersebut, Tuan Hakim!" bantah seorang lelaki yang berada dikerusi paling belakang.

"Dia seharusnya diberikan diskaun hukuman" sambungnya lagi.

Lelaki yang bersuara itu adalah pengurus di pasar raya, tempat tertuduh mencuri.

"Mengapa saudara mengatakan sedemikian rupa?" tanya Hakim kehairanan.

"Kerana barang yang dia ambil adalah barang yang kami diskaun sehingga 70%, Tuan Hakim!"

"%^*&^^%@&"





P/S : Bagi je la Free of Charge~

Friday 5 August 2011

Hadiah Buat Isteri Ku

Pada suatu pagi ketika bangun dari tidur, seorang isteri berkata pada suaminya, “Tadi malam Ayang bermimpi Abang menghadiahkan Ayang set barang kemas berlian di hari jadi Ayang ni. Apa pendapat Abang mengenai mimpi Ayang?”.

Ayang pasti akan mengetahuinya malam ini jugak” jawab suaminya sambil membisik manja. Malam itu si suami memberikan kepada isterinya sebuah bungkusan hadiah.

Dengan hati berdebar-debar penuh rasa excited si isteri tersebut membuka bungkusan hadiah itu perlahan-lahan dan isi bungkusan hadiah tersebut adalah sebuah buku yang berjudul: “TAFSIR MIMPI





P/S : Tafsirlah Mimpimu sayang sebaik mungkin

Wednesday 3 August 2011

Wordless #1


Tuesday 2 August 2011

Ajaibnya Pisang ini

Ahmad dan Ali menaiki kereta api buat pertama kali dalam sejarah hidup
mereka. Kedua-duanya turut membawa sesikat pisang sebagai bekalan semasa dalam perjalanan. Setelah agak lama dalam perjalanan, Ahmad memberikan sebiji pisang pada Ali. Sebaik Ali menggigit pisang di tangannya, kereta api memasuki terowong yang panjang.

ALI : Kau dah makan pisang tu?
AHMAD : Belum lagi...
ALI : Eloklahhh... .. Jangan dimakan. Baru saja aku gigit terus mata jadi buta!


P/S : Terowong punya pasal, pisang jadi mangsa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...