Monday 6 February 2012

Oh! Patutla Tak Gerak

Suatu ketika dahulu, di sebuah perkampungan asli di amerika, ketua kampung orang asli tersebut telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut di gantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.

Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut.

Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk hebat lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan dan belakang. Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan dengan tidak sengajanya terkuis bateri itu keluar dari tempatnya.

Entah macam mana ada pulak bangkai seekor cicak di celah tempat bateri tu. Beliau pun dengan bangganya memberitahu kepada anak-anak buahnya.

"OOOO...patutlah tak gerak. Drebarnya mati tershepittttt....!!"





P/S : Biar pandai, jangan memandai-mandai~

4 comments:

faizalnizam said...

hahaha. memandai mandai je drebar mati. kurang ilmu tp buat mcm tahu semua.

Unknown said...

Mwahhahaha!!.. mandai2 jer drebar tue!! Btol tu biar kita pandai jgn nak memandai2 lak plak.. :p

Unknown said...

memang lawak...

http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/07/visit-to-taiping-zoo-taiping-night.html

belogisam said...

teori org asli,, jam ada drebar.lawak2

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...