Thursday 30 June 2011

3 Kelasi Berlayar

     3 kelasi tengah belayar di lautan dengan gembiranya. Mereka berasal dari Malaysia, Indonesia dan Filipina. Dalam pelayaran tersebut,  Kelasi Filipina itu minum minuman arak jenama Brandy. Tak habis sebotol dia minum, dia buang, tak abis sebotol lagi dia buang. Kelasi indonesia naik pelik melihat telatah Kelasi Filipina itu.
    
     Maka, Kelasi Indonesia tu pun bertanya kat Kelasi Filipina tu,"Ngapain kamu buang? Kok belum abis diminum lagi."

     Kelasi Filipina dengan bangganya menjawab "Ahhh, brrandy ni banyak kat negara aku" Kemudian Kelasi Indonesia pun hisap la rokok 'Gudang Garam'. Tak abis sebatang rokok, dia buang, tak abis sebatang lagik dia buang. Kelasi Malaysia pun bertanya la. "Napa ko buang wei? Tak abis lagik tu.." Kelasi Indonesia pun jawab dengan takbur "Ah..pedulik apa saya pak, rokok ini banyak sekali di negara saya."

     Kemudian Kelasi Malaysia ni tak puas hati. Semua berlagak nak mampos. Tiba-tiba dia angkat Kelasi Indonesia tu dan campak ke laut. Kelasi Filipina naik hairan. "Wei what's wrong?? Napa ko buang Kelasi Indonesia tu???"

     Dengan bangganya Kelasi Malaysia jawab " Ahhhh belambak je indon kat negara aku..aku pedulik aper.."



P/S : Jangan menganiaya Mat Indon jiran korang..

Wednesday 29 June 2011

Jangan Pergi Mana-Mana

Loceng sekolah telah berbunyi dengan sumbangnya menandakan waktu sesi persekolahan pada hari tersebut telah tamat dan bukannya amaran tsunami. Sebelum keluar kelas, Cikgu Bob bertanya kepada murid-muridnya.

CIKGU BOB : Siapa nak masuk / pergi syurga?

Semua murid mengangkat tangan kecuali Kudin lalu Cikgu Bob pun bertanya..

CIKGU BOB : Kudin, kenapa awak tak angkat tangan. Awak tak nak pergi/masuk syurga?
KUDIN : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah. Jangan pergi mana-mana.

P/S : Sayangilah Guru Anda..

Tuesday 28 June 2011

Apa perancangan Kamu Lepas Ni??

Hari tersebut merupakan hari keputusan SPM keluar. So, sumer student yg dah amik exam SPM dtg pegi amik result masing-masing.

Seorang guru bertanyakan pada anak muridnya pada hari keputusan peperiksaan SPM keluar.

Cikgu : Tahniah, kerana mendapat keputusan 20A dalam semua subjek dan anda akan di anugerahkan pelajar cemerlang SPM untuk tahun ini.
Pelajar : Terima kasih cikgu. Susah-susah saja.
Cikgu : Saya tahu, kamu telah buat yang terbaik untuk peperiksaan kamu. Jadi apa rancangan kamu selepas ini ?
Pelajar : Balik ke rumah saya cikgu...



P/S : Jujur sifat mulia..

Anak Yang Sopan

Tukiman merupakan seorang anak yang sopan dan tidak pernah menengking ibunya walaupun ibunya seringkali membebel kepadanya seperti penyanyi hip hop.

Suatu hari, Tukiman tak balik rumah sehingga pukul 4 pagi barulah di pulang kerumahnya. Ibu Tukiman dengan marahnya bertanyakan anak lelakinya yang hensem mengapa dia balik lambat, pukul 4 pagi ketika itu.

IBU : "Eh,baru balik..?" tanya si ibu sinis.
TUKIMAN : "Ya, mak.." jawab si anak sopan. Si ibu yang tengah mendidih, kemudian meninggikan suara.
IBU : "HaaH!! Dah pukul 4 pagi dah. Mengapa balik..?!!!" Tengking si ibu.
TUKIMAN : "Nak sarapan" balas si anak dengan sopan.



P/S : Sopan Santun amalan mulia.. (Walaupun mak korang kompang korang sebab balik lewat)

Monday 27 June 2011

Rompakan Berulang Kali

Satu kedai emas telah dirompak berulang kali dengan perompak yang sama. Taukeh kedai tersebut menjadi bingung dan sangsi atas kejadian tersebut.

TAUKEH : Haiyya! Wa manyak pening. Sudah 6 kali kedai wa kene lompak. Pelompak yang sama pulak tu.

PEKERJA : Bos, saya tau kenapa kedai kita berulang kali kena rompak dan perompak yang merompak adalah perompak yang sama melakukan rompakan sebelum ini.

TAUKEH : Haiyya! Kasi tau sama wa laaaa. Wa sudah lugi manyak ooo.

PEKERJA : Semuanya pasal signboard kat pintu depan tuh "SILA DATANG LAGI"

TAUKEH : Ooooo. Itu macam ka. Jadi, apa wa mau letak?

PEKERJA : "JANGAN DATANG LAGI" Confirm lepas ni perompak tu takkan merompak kedai ni lagi..



P/S : Akhirnya, si Tauke memecat si Pekerja tanpa notis akibat cadangannya yang bangang tahap tapir..

Sunday 26 June 2011

Kau Penghidap AIDS

2 sahabat karib sedang lepak di kedai mamak..

DOL : Sam, aku ada baca artikel di internet pasal penyakit AIDS.

SAM : Pesal ko ada AIDS ke?

DOL : Tak la. Aku saja nak bagi inform pasal penyakit ni kat kau.

SAM : Pesal kat aku plak?

DOL : Kau kan salah sorang penghidap AIDS.

SAM : Aku ada AIDS? mana ada...

DOL : Aku baca di internet tu. Dia bagitau 1 dari 10 orang kat negara ni ada AIDS. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada AIDS, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu.

SAM : ..................



P/S : Don't break your friend's heart...

Saturday 25 June 2011

Jenis-Jenis Mat Rempit

Kat bawah ni saya senaraikan jenis-jenis Mat Rempit berdasarkan kajian yang saya buat sejak kedatangan portugis di Tanah Melayu. Jom kenali rempit anda.

Mat Rempit Sejati - Tetiap malam merempit sampai pagi, balik tido dan ponteng keje, kalau ada road block tak pernah kene.

Mat Rempit Skema - Pakai helmet, tak langgar lampu merah, roadtax & lesen sentiasa hidup.

Mat Rempit Songsang - Tetiap malam check in dlm lokap. Pagi insaf, petang repeat balik.

Mat Rempit Soleh - Tak pernah tinggal solat, doa dulu sebelum rempit & tak berkepit ngan pompuan.

Mat Rempit Sempit - Tak reti wheely, wikang pun haram, cakap kencing, keje hampeh & tak reti BI.

Mat Rempit Sopan - Mase merempit jumpe org tue tegur, bagi org tue melintas dulu walaupun tgh race.

Mat Rempit Sewel - Tak pakai helmet,  tak pakai baju, tak pakai seluar & pakai boxer je naik moto gi race.

Mat Rempit Smart - Mcm mat smart la. Berlumba?? Hmmmm.. Haram... Harap gaya je lebih.

Bekas Mat Rempit - Dah arwah.


P/S : Katakan tidak pada Rempit. Ingatlah orang yang tersayang. Anda mampu mengubahnya.

Yang Hitam Pun Sama..

Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala biri-biri.

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje...
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa....yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama.....



P/S : Hitam itu kualiti..

Friday 24 June 2011

Mengenal Sifat Seseorang Melalui Kentut

 Melalui kentut seseorang, kita boleh mengetahui sifat seseorang itu.

1.) Orang TIDAK JUJUR Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

2.) Orang BANGANG Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

3.) Orang BERWAWASAN LUAS Orang yang tahu bila harus kentut.

4.) Orang SENGSARA Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

5.) Orang MISTERIUS Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

6.) Orang GUGUP Orang yang tiba-tiba menahan kentutnya bila tiba masa nak kentut.

7.) Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI Orang yang selalu mengira kalau kentutnya bau harum.

8.) Orang SADIS Orang yang kalau kentut di ranjang terus dikibaskan baunya ke ranjang orang lain.

9.) Orang PEMALU Orang yang kalau kentut tidak bunyi tapi lalu merasa malu sendiri.

10.) Orang yang STRATEGIK Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dengar.

11.) Orang BODOH Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti kentutnya yang keluar.

12.) Orang PELIK Orang yang kalau kentut di keluarkan sikit- sikit, sampai bunyi "tit-tit-tit".

13.) Orang SOMBONG Orang yang sering mencium kentutnya sendiri.

14.) Orang RAMAH Orang yang senang mencium kentut orang lain.

15.) Orang yang tidak senang BERGAUL Orang yang kalau kentut, sembunyi.

16.) Orang AKUATIK Orang kalau kentut di dalam air sampai bunyi blekuthuk-blekuthuk".

17.) Orang ATLETIK Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

18.) Orang JUJUR Orang yang mengaku kalau habis kentut.

19.) Orang PINTAR Orang yang boleh menandai bau kentut orang lain.

20.) Orang MALANG Orang yang nak kentut tapi terkeluar najis.



P/S : Korang dalam kategori mana??

Oh! Saya Salah Dail

Si suami telefon ke rumahnya ketika oustation dan kebetulan yang
menjawab panggilan telefon adalah seorang Orang Gaji (OG)..


Suami : Hello, selamat petang. Puan ada?
OG : Selamat petang.Ya, encik boleh saya tolong?
Suami : Siapa ni?
OG : Saya orang gaji kat sini.
Suami : Baru, ke? Sebelum ni saya tak pernah guna orang gaji!
OG : Saya baru je kerja hari ni.
Suami : Oh, yeke. Puan ada kat rumah tak?
OG : Ada, encik, puan tengah tidur. Encik ni siapa?
Suami : Saya suaminya.
OG : La.. sekarang puan tidur dengan siapa pulak ni?
Suami : Apa? Ada lelaki lain yang tidur dengan puan ke?
OG : Ya, encik
Suami : Tak guna!!! (dll. sumpah seranah) Eh, engkau boleh tolong tak?
Nanti saya bagi upah RM1 juta .
OG : Boleh.. apa yang boleh saya tolong?
Suami : Masuk ke bilik kerja saya, ambil pistol dalam laci, lepas tu
tembak mereka berdua.
OG : Saya tembak puan dengan lelaki tu ke encik?
Suami : Ya.
OG : (termenung)
Suami : Macamana? Boleh tak? Kalau tidak saya tambahkan RM1juta lagi.
OG : Baik encik... saya lakukan sekarang
Suami : Cepat!!! Saya tunggu!
Orang gaji itu kemudian mengambil pistol dan, bang..bang.. bang..
OG : Sudah, encik
Suami : Bagus, sekarang tutup hal ni, engkau buang pistol dalam kolam
renang belakang rumah.
OG : Kolam renang yang mana?
Suami : Yang di belakang rumah!
OG : Tak ada, encik. Di belakang rumah ni tak ada kolam renang!
Suami : Yeke ni?
OG : Iya!
Suami : Ni kan nombor 808088?
OG : Bukan, encik. Sini 808080.
Suami : Oh, Maaf. Saya salah nombor.



P/S : Semoga Roh di cucuri Rahmat..

Thursday 23 June 2011

Tak Kering Lagi

     Ada dua orang sahabat, mereka ni sangat akrab. Sorang bernama Hanif dan
yang sorang tu bernama Tony. Mereka ni penghuni setia rumah tumpangan
orang-orang gila.

     Pada suatu hari mereka dibenarkan bermain di kolam renang yang terdapat di
rumah tumpangan itu. Tapi mereka berdua ni tak pandai berenang. Si Hanif
berehat-rehat di bawah khemah manakala Si Tony tak habis-habis lari keliling
kolam renang tu.

     Tiba-tiba mungkin kerana keghairahan Si Tony ni terus melompat ke dalam kolam.... apalagi terkapai-kapailah dia meminta tolong. Sahabat yang setia, Si Hanif ni dengan pantas cuba menyelamatkan Si Tony. Fuh, nasib baik tak lemas. Memandangkan yang Si Tony tu dah basah kuyup dan kesejukkan, Si Hanif  dengan pantas membalut kawannye tu dengan sehelai tuala lalu cepat-cepat membawanye ke dalam bilik mereka.

     Keesokkan harinye Si Hanif telah dikerahkan menemui orang atasan. Kira pegawai ler tu. Apabila melihat wajah Si Hanif beliau mula berkata, " Saya  ada dua berita yang perlu saya beritahu awak. Yang pertama ialah berita baik, awak akan dibebaskan kerana awak telah dapat membezakan antara kecemasan atau tidak. Tindakan awak menyelamatkan Si Tony bermakna awak kini  mempunyai pemikiran yang waras. Namun saya juga ada berita buruk untuk awak, teman baik awak telah membunuh diri. Pagi tadi saya diberitahu yang dia dijumpai didalam biliknya dengan lehernya tergantung". Dengan muka selamba, Hanif pun menjawab, "Tidak tuan dia bukan membunuh diri tapi saya yang gantung dia supaya dia cepat kering".


P/S : Apesal tak jemur je kat bawah matahari. Kan senang..

Pontianak Rabun Malam

     Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak. Memasing nak tunjuk siapa yang paling terer. Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan tunjuk sapa paling power.

     Pontianak yang paling muda diberi kesempatan untuk memulakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 2 minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan. Lalu dengan hidung kembang pipi tersorong-sorong terus dia berkata : "Korang nampak kampung kat seberang bukit itu ?"
Yang dua ekor pontianak tu ngangguk, "Iya, nampak." Satu kampung tu
itu...habiissss aku kerjakan!!!!
"
Angin jugak 2 ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda tu.

     Kini giliran pontianak yg setengah abad tu pulak. Dia pun pergi sekelebat jugak, tak sampai 1 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucuran darah. "Korang nampak Bandar tu ?", katanya dengan
muka ganas. "Iya, nampak", yang dua ngangguk juga. "Satu bandar
itu juga habiiissssss!!!
", kata pontianak yg setengah abad sambil ketawa seram," ha ha ha hah".
    
     Pontianak yang satunya lagi tambah panas, dia pun nak show off jugak. Dia pun tunjukk skill terbang cam kilat. Amat lah terperanjat nya dua sahabatnya, sebab tak sampai setengah minit dia dah balik, dengan penuh cucuran darah di mukanya. Lalu pontianak yg 2 ekor tu berkata, "Gilaa ahh dia ni tak sempat aku nak duduk dia dah balik, memang dia paling power".

     Sambil mengosok gosok hidung nya pontianak tu pun berkata , "Korang nampak tembok batu tu?" "Nampak ! Nampak!", kata yang 2 ekor tu.
"Err aku tadi tak nampak arr.. Aku rabun malam".


P/S : Terlalu banyak makan semut. Tu la akibatnya...

Terima Kasih Encik Nuff

HAAACCCHHHOOOMM!!!
Promise me..

Wa mau celite sama lu olang.
Wa baru sampai dari kampung semalam maaaa.
Itu pasat semenjak dua menjak wa xde update blog.
U tau la, wa punye kampung xde HiFi WiFi maaaa.
Line Berukban Broadband xde.
So, itu pasat la wa x update.
Ape? Wa masi hilup hidup maaa.
Ingat ini muke wanted Along ke? Haiyyyee.

Wa mau celite satu balang barang.
Xtau kenape tapak tangan wa gatau gatal semacam.
Secara tiba-tibanya pun, wa open itu Nuffnang la.
WAAAAHH! Intelesting woooo..
Wa tengok wa punye CAMPAIGNS, wallawwey macam x mempercayai nyer pun.



Ape-ape pun kan, wa mau ucap telima kasih sama Taiko Nuffnang.

P/S : Usaha Tangga Eskelator Kejayaan

Sunday 19 June 2011

Salah Pilih Buah

Ketua puak tu pun mengarahkan anak buahnya supaya membunuh ketiga lelaki itu utk dijadikan santapan. Ketiga lelaki itu pun merayu dgn sepenuh hati supaya mereka dibebaskan.

Oleh kerana mereka merayu dgn bersungguh-sunggguh, ketua puak itu pun setuju utk melepaskan mereka dengan satu syarat. Syaratnya ialah mereka perlu mencari 10 biji buah dari jenis yang sama. "Ah.. nie simple punya keje".. kata mereka dalam hati.

Maka mereka pun berpecah ke dalam hutan untuk mencari buah-buahan tersebut dengan diiringi oleh beberapa lelaki dari puak tersebut.
Lelaki yang pertama keluar dengan membawa 10 buah nenas. Kemudian berkata ketua puak kepada anak buahnya, " Sumbatkan buah tersebut ke dalam punggungnya, kalau dia mengeluarkan bunyi, bunuh dia!" Lalu buah nenas itu pun disumbatkan kedalam punggung lelaki malang tersebut. Pada buah nenas yang kedua, lelaki itu pun menjerit dan dia pun dibunuh.

Kemudian lelaki kedua pun muncul. Dia membawa 10 biji ciku bersamanya. Dia pun dikenakan tindakan yang sama.Oleh kerana buah ciku kecil, lelaki itu dapat bertahan sehingga buah ciku yang kelapan. Pada masa ini, tiba-tiba lelaki tu ketawa. Maka dia pun dibunuh.

Apabila sudah mati, roh orang yang pertama pun berjumpa ngan roh orang yang kedua. "Kenapa kamu ketawa pada buah ciku yang kelapan?" tanya roh pertama. Jawab roh yang kedua, "Aku nampak rakan ketiga kita tu keluar dengan membawa buah durian!!"


P/S : 9 biji durian di santap dengan lahapnya oleh Ketua Puak & anak buahnyer..

Follower Ke-100

UhUk-UhUk!!~
Hari ni genap hari ke-19 saya berblog dan hari ni jugak genap follower ke-100
Follower ke-100 jatuh kepada Jo Qusary tapi sayang sekali, xde hadiah Jo.
Gua xcukup bajet. Sabun mandi pun saya beli 2kali setahun.

Tapi xpe, disebabkan lu follower ke-100 gua promote lu punyer blog.

Sinopsis Jo Qusary :
~ Follower terkini seramai 357 orang
~ Post pertama pada 09 Ogos 2009
~ Tajuk post yang pertama iaitu Pompuan Gatal! (Pergh! Pedas siol!!)
~ Post terkini pada 19 JUN 2011 bertajuk Potret Ayah (Gua touching)

Tu jer serba sedikit yg gua tau pasal dier. Kalau nak tau lebih lanjut jom terjah blog dier.. Ada Bran??

Apesal Banyak 'D' ????

Hari ni kluar kputusan SPM, Ahmad pergi ke sekolah untuk mgambil result SPM nyer d sebelah ptg kerana xmau berjumpa dgn member2 lama dan xmau bgtau result pd mmber nyer.. Setelah pulang dari sekolah Ahmad pon terpikir macam mana nak bagi alasan kat Mak dier sebab result nyer teruk. Di ringkaskan cerita, Ahmad dapat 1 idea bangang...
Sampai jer kat rumah........

Mak Ahmad : Mana result Ahmad? Bagi mak tengok.

Dgn muka yang selamba tapir, Ahmad bagi Mak dier tengok slip result nyer

Mak Ahmad : Apasal result ko sumer D, E jer?? Ko blaja aper kat sekolah??

Ahmad : Ahmad blaja la kat sekolah, cuma silap Ahmad sebab pergi ambil result sebelah petang. A & B semua dah habis sebab kawan-kawan yang pegi ambik result sebelah pagi ambil banyak sangat. Sampai 10A sorang. So, Ahmad yang pegi ambil sebelah petang ni xde la A. Ada D sikit-sikit pun dah ok. Kawan Ahmad yang lewat datang dari Ahmad dapat huruf E je sumer.....hurm~~

Mak Ahmad : Ooooo......





P/S : Sayangi orang tua anda. Don't lie-lie..

Saturday 18 June 2011

Bila Haiwan Ada FB

CICAK : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih…


NYAMUK : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah…

AEDES : Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!


AYAM : Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh!…


CICAK : isteriku tersepit pintu


KUCING BETINA : “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”


AYAM : Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa…


NYAMUK : Siot, sekali drug addict gua hantam. Gua positif HIV AIDS… uwaaaaaaa


CICAK : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap … baru beli videocam baru …


KUCING JANTAN : Baru je add awek sebelah umah… keturunan PARSI beb!!!


TIKUS : Operasi malam ni… selongkar kitchen kabinet… sape nak ikot?





P/S : Nasib baek burung aku xde FB...

Thursday 16 June 2011

Aku Lupa........

Pada suatu hari, ada seorang pemuda bekerja di sebuah syarikat...

Keesokan harinya, dier pergi ker office untuk bekerja...

Dier punya office kat tingkat 15...

Dier naik lif untuk pergi ker officenyer, bila tiba jer kat tingkat 15, seorang lelaki berkata

"Man, kau nyer isteri mengandung!!!"

Dier pown terkejut beruk dan terus terjun dari tingkap, sampai d tingkat ker 13,

dier pown teringat bahawa isterinya belum mengandung...

Sampai d tingkat 5, dier pun teringat lagi bahawa dier tidak pernah pown berkahwin...

Sampai d tingkat 3, dier pown teringat bahawa namanyer bukan nyer Man....

Akhirnya dier mati...





P/S : Alamak, aku lupa makan ubat plak...

Kirimkan Berita Dengan Segera

Seorang wartawan telah pergi ke sebuah pusat peranginan
untuk berehat..Setelah dua hari berada di pulau itu, tiba-tiba
berlaku kejadian yang tak diduganya iaitu tempat itu telah
dibom dan hampir 10 buah rumah rehat musnah..dan beberapa
lagi cedera parah.

Petang itu, Pengarang Akhbar tempat dia bekerja teringat yang
wartawan itu berada di pulau tersebut. Dengan sepantas kilat, beliau menelefon dan
menyuruh wartawan itu mengirimkan berita terkini untuk disiarkan di dakam akhbarnya.
"KIRIMKAN BERITA DENGAN SEGERA" kata Pengarang Akhbar.
Mereka membiarkan satu halaman kosong di muka depan
surat khabarnya untuk diisi berita mengenai peristiwa
pengeboman tersebut.

Akhirnya Pengarang Akhbar itu
menerima surat balasan dari si wartawan. Bunyinya.......






















































"JANGAN BIMBANG SAYA SELAMAT"

P/S : Buat pertama kalinya, muka depan akhbar tu kosong pada hari kejadian.

Surat Mr.Bean Kepada Bill Gates

Yang Dihormati En. Bill Gates,

Saya ada membeli komputer untuk kegunaan di rumah dan saya kenalpasti beberapa masalah yang mungkin Tuan terlepas pandang.

1. Di dalam sistem terdapat butang 'START' tetapi saya dapati tidak ada butang 'STOP'. Saya minta Tuan tolong periksa?
2. Saya sudah pelajari 'Microsoft Word', sekarang saya mahu pelajari 'Microsoft Sentence'. Bila Tuan akan menjualnya?
3.Di dalam komputer saya terdapat 'Microsoft Office', bagaimana dengan 'Microsoft Home' kerana saya menggunakan komputer ini di rumah?
4.Satu soalan peribadi. Nama Tuan adalah 'Gates', tetapi Tuan menjual 'Windows' kenapa tidak 'Doors'?
Saya menanti jawapan Tuan.

Sekian Terima kasih,
Mr. Bean


P/S : Di harap Bill Gates x hack blog aku....

Wednesday 15 June 2011

Hari Yang Malang Buat Ku

Seorang lelaki kurus sedang duduk di sebuah bar,termenung jauh melihat gelas minumannya..
1 jam kemudian..........
Masih termenung.....
Tiba-tiba sorang pemandu lori yg berbadan besar dan garang ala-ala muka perogol masuk ke dalam bar dan brjalan ke arah lelki kurus itu..dan terus meminum minuman lelki kurus itu..
Tiba-tiba.....
Lelaki kurus tersebut menangis dgn kuat. Lelaki berbadan besar tu pun brkata "Wow! relax la bro!! Jgn la nangis. Nanti aku ganti balik la.. Aku gurau jer la.."

Lelaki kurus tu pun berhenti nangis dan berkata "Oh tidak!! Aku nangis bukan pasal mnuman tu...cuma...hari ni adalah hari yg malang skali bg aku...
Pagi td.....
Aku lewat bngun...lewat arr gi keje....smpai je kat opis..bos aku pecat aku...
Aku turun tuk tinggalkan bngunan tu..keta plak hilang kene curik...
Bila aku bt repot polis..polis kata dah xde harapan dah....
Aku naik teksi plg umah....sampai umah je bru teringat kad krdit dan dompet tertinggal kat teksi tu...
Baru nak amik...teksi dah cabut lari mcm perompak bank...
Baru nak msuk umah...aku nmpk bini aku projek ngan tukang kebun aku...
Pastu terus ke sini...baru ingat nak tamatkan riwayat aku...
Tapi.............................













































kau mncul dan terus minum habis RACUN aku..."


P/S : Jangan main telan jer~

Tuesday 14 June 2011

Ini Jenama Tempatan atau Luar Negara??

Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar kolej. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang dipakai pelajar tersebut.

Sabun mana yang anda gunakan selama ini?

Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, “Sabun Baba.

Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?

Deodorant Baba” jawab pelajar itu.

Minyak wangi?

Minyak Wangi Baba.

Shampoo?

Shampoo Baba.

Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi “Ok, apakah
jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum
pernah dengar? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang tidak sihat.

Pelajar itu menjawab, “Bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba
itu rakan sebilik saya.


P/S : Nasib baik aku sempat ambik 100 kotak..

Monday 13 June 2011

Aku Penggali Kubur

Seorang pengurus sebuah Zoo mendapat panggilan telefon mengenai kematian seekor gajah di Zoo tersebut. Sebagai langkah pemeriksaan, pengurus tersebut telah pergi ke kandang gajah tersebut dan mendapati ada seorang lelaki menangis bersebelahan dengan bangkai gajah tersebut.

Pengurus : Sebagai penjaga gajah, saya faham kesedihan yang kamu tanggung kerana apabila haiwan yang kita bela sudah mati.

Lelaki : Saya bukan penjaga gajah ini, tuan. Tetapi sayalah yang ditugaskan untuk menggali kubur dan menanamnya.




P/S : Jawatan penggali kubur dikehendaki segera!!!

Sunday 12 June 2011

Ulasan Filem : Hot Shots Part Deux



Hahahahhahah!!!!
Tak abis gelak lagi ni dari petang tadi.
Dah 3 kali dah urat kentut terputus. Nasib baik boleh sambung balik.
Filem ni diterbitkan pada tahun 1993. Filem lama tapi memang tak boring kalau korang tgk.

Pengarah filem ni Jim Abrahams. Ni gambar dier kat bawah.


Saper yg tak tgk lagi filem ni, boleh donlot. Link ader kat bawah. Harap korang boleh berhenti ketawa.


Ni password dier : tinymoviez.com

P/S : Credit to tinymoviez.com

Kamu Dah Kahwin??

Monjong merupakan saksi satu kes jenayah berat, kelihatan gementar dan gugup ketika diminta memberi keterangan oleh seorang peguam. Dengan suara yang lantang, peguam itu bertanya, adakah anda sudah berkahwin?.
 
Monjong : Sssss.. Ssssu.. Sudah, Tuan. (Jawab Monjong dengan suara yang tersekat-sekat.)

Peguam : Sudah berapa kali, kamu berkahwin
Monjong : Sekali sahaja.
Peguam : Dengan siapa kamu berkahwin?,
Monjong : Seorang perempuan, Tuan!

Kerana panas mendengar jawapan dari Monjong, dengan marah, peguam berkata..

Peguam : Tentulah kamu berkahwin dengan perempuan. Kamu pernah dengar ke ada orang yang kahwin dengan lelaki?
Monjong : Ada tuan, adik perempuan saya berkahwin dengan lelaki, tuan.
Peguam : !@#$%^&*($#@!@#$%^ ( Jatuh Pengsan )




P/S : Saya tak kahwin-kahwin lagi Tuan..

Saturday 11 June 2011

Cinta Zaman Sains & Teknologi

LELAKI : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi
isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??


WANITA : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk
menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.


LELAKI : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana
aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.


WANITA : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan
yg kuberikan.


LELAKI : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!

WANITA : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan
masih lagi belum sahih.


LELAKI : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas
cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.


WANITA : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random'
yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.


LELAKI : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melaui proses pencaran dan
perolakan.


WANITA : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami
rintangan?


LELAKI : Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan
rintangan itu.


WANITA: Adakah kita akan berpadu secara kimia?


LELAKI : Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat
dengan menggunakan mikroskop cahaya.


WANITA : Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak
balas dengannya.


LELAKI : Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan
hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.


WANITA : Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali.
Masihkah kau tidak percaye?


LELAKI : Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.


WANITA : Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan
kita harus mengalami pecutan yg seragam.


LELAKI : Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.


WANITA : Tapi, imanku adalah infiniti!


LELAKI : Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum
mendarabkannya dengan 6x10'23.


WANITA : Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi
tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.


LELAKI: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.


WANITA : Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian........



P/S : Kepada cikgu sabjek kimia saya masa sekolah menengah dulu, saya nak mintak maaf sebab saya ada pecahkan tabung uji & saya sorok kat kabinet belakang makmal.. Maafkan saya cikgu..

Aku Nak Belanja Ko Coke Sebotol. Nak Tak??

Ade sorang awek hantar E-mel kat aku malam semalam.
Ingatkan dier nak ajak aku gi dinner ke, tgk wyg ke, lepak umah dier ke..
Rupenye dier nak belanja aku COKE. Dier tulis, "Sebelum tuh, meh kiter tgk eksperimen ni dulu.."

APABILA MENTOS DICELUP KE DALAM COKE







Huh!!~ Cam best je. Jgn try kat umah korang. Xpasal2 korang kene kompang free dri mak korang~

P/S : Awek yg hantar E-mel tu dah arwah seminggu lepas sebab makan Mentos & minum Coke.

Friday 10 June 2011

Cintaku Kan Kekal Selamanya

Ehem.. Ehem!!~
Meh sini sumer. Saya nak story kat korang satu benda yg boleh membuat korang "touching".
Pergh! Muke Legend, Tapi Dalam Hati Ada taman. Rock2 cemana sekalipun, xleh lari drpd perasaan tu.


Ok.. Lompat ke titik (Straight to the point).. Citer dier mcm ni..

   


Satu kisah cinta baru-baru ini keluar dari China dan sekaligus menyentuh seisi dunia.
Kisah ini adalah kisah seorang lelaki dan seorang wanita yang lebih tua, yang melarikan
diri untuk hidup bersama dan saling mengasihi dalam kedamaian selama setengah abad.




Lelaki China ini berusia 70 tahun yang telah memahat 6000 anak tangga dengan tangannya sendiri
(hand carved) untuk isterinya yang berusia 80 tahun itu meninggal dunia di dalam gua yang
selama 50 tahun menjadi tempat tinggal mereka berdua.
50 tahun yang lalu, Liu Guojiang, pemuda 19 tahun, jatuh cinta pada seorang janda 29 tahun bernama Xu Chaoqin ...


Seperti kisah Romeo dan Juliet karangan Shakespeare, rakan & kaum keluarga mereka tidak menyenangi akan perhubungan mereka kerana perbezaan umur di antara mereka dan kenyataan bahwa Xu sudah mempunyai cahaya ....
 


Pada ketika itu, lelaki yang menjalinkan hubungan percintaan dengan wanita yang lebih tua umurnya tidak dapat diterima masyarakat dan dianggap tidak bermoral.....Bagi menghindari tanggapan masyarakat sekeliling, pasangan ini memutuskan untuk melarikan diri dan tinggal di sebuah gua di Desa Jiangjin, di sebelah selatan Chong Qing.




Pada mulanya kehidupan mereka sangat menyedihkan kerana tidak mempunyai apa pun, bekalan elektrik tiada mahupun makanan. Mereka hanya memakan rumput-rumput dan akar-akar yang mereka temui di gunung itu. Dan Liu membuat sebuah lampu gasolin untuk menerangi keadaan sekeliling mereka.
Xu selalu merasakan bahawa dia telah menyusahkan Liu dan ia seringkali bertanya,"Adakah kau menyesal?" Liu sentiasa menjawab, "Selama mana kita rajin, Selama itulah kehidupan ini akan menjadi lebih baik".
Setelah 2 tahun mereka tinggal di gunung itu, Liu mula memahat anak-anak tangga agar isterimya dapat turun gunung dengan mudah. Dan dia terus memahat selama 50 tahun.
Setengah abad kemudian, di tahun 2001, sekumpulan penyelidik melakukan ekspidisi ke hutan itu. Mereka terkejut kerana menemui pasangan tua itu dan juga 6000 anak tangga yang telah dibuat Liu.
Liu Ming Sheng, satu dari 7 orang anak mereka berkata, "Kedua orang tuaku saling kasih mengasihi, mereka hidup menyendiri selama lebih dari 50 tahun dan tak pernah berpisah sehari pun. Selama itu ayah telah memahat 6000 anak tangga itu untuk menggembirakan hati ibuku, walaupun dia jarang menuruni gunung.
 


Pasangan ini hidup aman damai lebih dari 50 tahun. Suatu hari, Liu ketika itu berusia 72 tahun pengsan ketika pulang dari ladangnya. Xu duduk dan berdoa disisi suaminya sehingga Liu menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam dakapannya. Disebabkan terlalu mencintai isterinya, genggaman Liu sukar dileraikan dari tangan Xu, isterinya.


"Kau telah berjanji akan memeliharakanku dan akan terus bersamaku sehingga akhir hayatku, sekarang kau telah mendahuluiku, bagaimana aku hendak meneruskan kehidupan tanpa mu?" 

Selama beberapa hari Xu berulangkali mengucapkan ayat tersebut sambil meraba keranda suaminya.
Pada tahun 2006 kisah ini menjadi salah satu dari 10 kisah cinta yang popular di China dan telah dikumpulkan oleh majalah Chinese Women Weekly.
Kerajaan telah memutuskan bagi memelihara "anak tangga cinta" itu, dan tempat kediaman mereka dijadikan sebagai muzium agar kisah cinta ini dapat berkekalan.


Demikianlah Al-Kisah cerita Kisah Cinta pasangan ini.

P/S : Don't Curang-Curang..

Thursday 9 June 2011

Aku Hanya Driver..

     Seperti yang kau tahu nama aku ISNIN bin SELASA.. Adapun aku dilahirkan pada hari KHAMIS, sampai ke hari nie aku tak tau
mengapa bapak aku bagi aku nama tu... Mungkin hari ISNIN adalah hari bersejarah dia berkenalan dgn bakal bini dia merangkap
mak aku kot... Mana lah aku tau kisah cintan-cintun diorang ni... Takde kuasa aku nak ambik tahu...

     Dan untuk pengetahuan korang, seperti yg korang lihat dan sememangnya tidak dinafikan lagi, aku dilahirkan sehensem-hensem
umat dan kerana itulah jugak semua awek kat Malaysia ni berebut sambil merayu-rayu nak aku jadik pakwe diorang.....
Siap ada senarai lagik. Tapi ada satu bende yang sedih. Setiap kali awek yg kuar dgn aku mesti 'BREAK' selepas aku ajak
diorang naik keta aku. Mengapa sayang!!!! Aku pun tak tahu mengapa.

     Intan, awek cun yang aku jumpe masa aku nak beli ikan todak kat pasar borong Simpang Taiping, Perak. Dia ni lain sikit sebab aku dah janji dgn diri aku bahawa dia lah awek aku yg paling last. MUKTAMAD dah ni. Surat menyurat takkan dilayan. Korang balas le sendiri. Kalau Intan tinggalkan aku macam awek awek aku yg dulu, sumpah aku tak nak kahwin ngan Tapir Mongolia.

     Bende yang aku menyampah tu jadik jugak. Setiap kali keluar 'Dating' kat Taman Tasik Taiping, Intan akan bersungut dan bersesungut kalau aku bawak motor Kriss aku yang dah tak rupa macam Kriss dan jugak tak bershape macam Keris Taming Sari. Macam-macam dia komplen. Dia tau aku keje sebagai driver. "Takkan takde kete. Bawaklah kereta awak tu.. Takkan nak peram kat rumah je. Tak syok la naik motor. Rambut berserabut la, muka cair la, kain terselak la, malu nanti orang tengok la, tak buleh nak seksi la..."

     Tapi aku tak sanggup kerana aku tau kalau aku bawak dia naik kete aku, sure itulah kali terakhir aku akan jumpa Intan. Intan sure akan mintak 'BREAK' atau akan mengghaibkan diri terus seperti yang dipelajarinya melalui David Blaine melalui akhbar Tamil. Berdesing telinga aku. Aku cakap kat dia, "Baiklah. Esok aku akan datang jemput kau naik kete besar. Jauh lagi besar dari kete lembu yang sering ulang-alik kat depan rumah kau".

      Seperti yang ku jangka, itulah kali terakhir aku berdating dgn Intan. Intan terus mengghaibkan dirinya seperti lalat yang hendak dipalu dengan telapak tangan. Aku dah agak dah mesti terjadi punyer. Cuma satu yang aku nak bagi nasihat kat korang semua, khasnya kepada yang pernah jadi awek aku atau bakal awek aku, jgn korang pandang hina kat orang yang keje cam aku ni. Satu hari nanti, korang kena naik jugak kereta aku ni...


Yang Benar 
Ketua Persatuan
Pemandu Kereta Jenazah
Se-Malaysia




P/S : Nak tumpang?? Boleh, xde hal. Tapi sampai tanah perkuburan je.. Nak??

Wednesday 8 June 2011

Kalau Tak, Sure Kita Masih Hidup..

Tersebutlah kisah dua ekor hantu. Sekor ni nama dier Hantu Gigil & sekor lagi Hantu Jantung. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu Gigil ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu Jantung yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu Gigil sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu Jantung dengan ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu Gigil.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu Jantung dengan hati yg sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap org tuh."

"So, ko dapatla tangkap org tuh?" tanya Hantu Gigil tanpa berhenti menggigil.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu Jantung mengakhiri ceritanya dengan kesedihan dan tangisan pilu sambil mendengar lagu New Boyz.

Hantu Gigil terdiam mendengarkan cerita Hantu Jantung. Selepas beberapa ketika, Hantu Gigil berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi"

P/S : Don't play three wood. Tengkiu..

Kitorang Reserve Je..

Ada 15 orang gila, mereka akan menjalani ujian kesihatan di Amerika. Mereka dibawa dengan menggunakan pesawat Hercules yang besar. Ketika di udara, orang-orang gila itu terlalu bising kerana bermain bola sepak di dalam pesawat. Kapten pesawat marah dan menyuruh co-pilotnya untuk menenangkan mereka. "Hoi! Bising sangat nie! Jangan main bola di dalam kapal terbang!!!" bentak co-pilot kepada orang-orang gila tersebut.

Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-kelamaan, Kapten curiga kerana situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk memeriksa lagi keadaan di belakang. Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah mati! Orang gila hanya tinggal 4 orang sahaja "Hei, kamu semua! Kenapa tinggal 4 orang sahaja? Yang lain ke mana?"

"Habis... tak boleh main bola kat dalam kapal terbang, jadi mereka main bola kat luar la"
"HAH?! Habis tu kenapa kamu semua masih berada di dalam?"

"Kitorang pemain simpanan"



P/S : Team A mengalahkan Team B 4 - 0.. Berrad  jaring 3 gol..

Tuesday 7 June 2011

HuH!! Very Fast..

Seorg pelancong Jepun menahan sebuah teksi di hadapan hotel penginapannya untuk ke lapangan terbang.
Setelah menekan butang meter tambang, teksi itu mula bergerak dengan perlahan. di lebuh raya, pemandu teksi tadi memandu dengan kelajuan sederhana. tiba2, sebuah kereta memotong.
"Ah, Nissan, made in japan, very fast", kata pelancong jepun itu.
kemudian sebuah kereta lagi memotong dengan laju.
"Ah, Toyota. made in japan. very fast" kata pelancong itu lagi.
kemudian sebuah kereta lagi memotong dgn lbh laju.
"Ah, Mitsubishi, made in japan, very fast" kata pelancong itu dgn rasa bangga dgn keluaran negaranya.
Sampai d lapangan terbang, ketika pelancong itu ingin membayar tambang teksinya..
"RM100 please..." kata pemandu teksi itu..
"WHAT?!!! RM100?! it's not that far from the hotel?" kta pelancong itu.
"Ah, Agrometer made in japan, very fast" kata pemandu teksi itu dengan selambe..

P/S : Kete Malaysia x kurang hebat kelajuannya. Kalau x laju, x kan ade eksiden punye.. Pandu cermat, Jiwa Selamat..

Tips Panjang Umur

Seorang wanita sedang berjalan menuju kearah seorang lelaki tua yang sedang berehat di serambi rumahnya. Setelah tiba, wanita itu berkata, " Saya tengok encik ni ceria aje. Apa rahsia yang menyebabkan encik panjang umur dan sentiasa ceria?"

"Takde rahsia apa pun. Cuma saya merokok 3 kotak besar sehari, minum arak, makan makanan berlemak, makanan segera dan tak pernah sekalipun bersenam", kata lelaki itu.

"Wah! Sungguh menakjubkan", kata wanita itu. "Berapa usia encik sekarang?"

"Dua puluh empat."





P/S : Aku nak pegi jogging kejap lagi....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...