Sunday 31 July 2011

Salahkah Aku??

"Hei, kamu yang berdiri di belakang," tegur pensyarah "Cuba sebutkan
individu yang terlibat dalam Perjanjian Badang!"


"Maaf, saya tidak tahu.. encik"


"Apa? tidak tahu? Baiklah, kalau begitu sebutkan saja tahun berapa
perjanjian itu ditandatangani? "


"Maaf, saya tidak tahu juga, encik.."


"Tidak tahu sama sekali? Maklumat itu kan sudah saya berikan untuk dibaca
minggu lalu. Jadi untuk apa kamu datang ke sini kalau tidak tahu?"


"Mahu memeriksa kabel lampu ini, encik.. Saya petugas TNB"



P/S : Jangan lupa bayar bil elektrik anda.

Saturday 30 July 2011

Nama-Nama Popular Di Jepun

1. Yang pemarah - KEIJI CACIMAKI

2. Yang suka berjimat - SAYORI SUKAMURA

3. Yang bisu - KIETA TADASORA

4. Yang suka makan nasi - NANACHi KASIBANYA

5. Yang suka layan blues - APO NADIKATO

6. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI

7. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARA

8. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI

9. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI

10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA

11. Yang tua - TARAGIGI PADANMUKA

12. Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI

13. Yang suka merempit - SAJA CARIMATI

14. Yang Lembab - AYUMI SIPUTBABI


P/S : Yang tak suka ambil tahu benda lain - AKUTA RAKISA

Thursday 28 July 2011

Kau Macam Dulu

Ahmad dan Abu tinggal dalam sebuah kampung.
Satu hari mereka masuk pertandingan bola sepak tetapi malangnya mereka kalah 18-0.
Disebabkan rasa malu berdepan dengan org kampung mereka melarikan diri ke bandar dan menyamar.


Ahmad memakai baju ala-ala cowboy dan pergi ke Kuala Lumpur.
Dia berjumpa dngn seorang nenek . Nenek tu pun berkata "Eh! Kau buat apa kat sini?"

Ahmad memandang pelik nenek itu kemudian berlalu pergi dari situ.
Keesokan harinya dia memakai pakaian ala-ala James Bond dan pergi semula ke Kuala Lumpur.

Dia berjumpa lagi dengan nenek itu. Nenek itu berkata "Eh! Jumpa lagi kita kat sini?"
Ahmad rasa hairan dn bertanya "Macam mana nenek kenal saya?" Nenek itu berkata "Eh! Kau ni buat-buat tak kenal pulak. Ni aku la weyyy Abu!!"


P/S : Betul-Betul Ho Liao!!

Wednesday 27 July 2011

Wordless #4


Tuesday 26 July 2011

3 Bulan Lagi...

Selepas 25 kali mencuba, akhirnya Dol lulus temuduga. Tapi sebelum meninggalkan bilik temuduga, pengurus kilang memberitahu.

PENGURUS : Untuk permulaan, kita bayar kamu RM5 sejam. Tapi lepas 3 bulan, kami naikkan gaji kamu kepada RM7 sejam. Setuju?

DOL : Setuju, bos..

PENGURUS : Kalau macam tu, bila kamu boleh mula kerja?

DOL : 3 bulan lagi, bos..




 P/S : Bekojo lah Kito Sekueknyo..

Friday 22 July 2011

Menu Masakan Itali

Seorang pemuda membawa teman wanitanya ke sebuah restoran Itali yang sangat terkenal. Dia sendiri pun belum pernah masuk sebelum ini.. tapi demi mengambil hati teman wanitanya.. dia memberanikan diri untuk makan di restoran itu...

Setelah mereka duduk dan memakan anggur yang disajikan.. si lelaki mengambil menu... Kerana bingung melihat nama-nama aneh masakan Itali.. dia memilih sembarangan.

"Waiter.. bawakan kami makanan Giuseppe Spomdalucci untuk 2 orang" kata
lelaki tadi..
"Maaf.. encik" jawab waiter
"Apesal?? Dah habis ke??" tanya pemuda itu.
"Tak. Sebenarnya itu adalah nama pemilik restoran ini"





P/S : Susah-susah, order je kangkung belacan..

Thursday 21 July 2011

Saya Seorang Penyeludup

     Atong melalui sempadan Siam menggunakan basikal. Dua beg besar tersandang di belakang Atong. Pak Mat Kastam menahan Atong dan bertanya, "Apa dalam beg tu?", "Pasir" jawab Atong ringkas.

"Turun dari basikal!, kita tengok apa betul kau bawak pasir!" Pak Mat Kastam terus mengambil beg tersebut dan dengan pantas membuka beg itu. Sementara pasir itu di ujikaji, Atong di tahan dilokap semalaman. Setelah dibuat ujikaji dan diteliti, pasir yang dibawa Atong memang pasir tulin dan tiada lain selain dari pasir semata-mata. Atong dibebaskan. Pasir kepunyaan Atong di masukkan semula ke dalam begnya dan melepaskannya melalui sempadan ke Malaysia.

Keesokannya perkara yang sama berlaku. Pak Mat Kastam tanya, "Apa yang kau bawak?" "Pasir" kata Atong. Pak Mat Kastam tak puas hati, sekali lagi dia membuat pemeriksaan, tapi beg Atong tak ada benda lain selain pasir semata-mata. Atong dibenarkan melalui sempadan dengan basikalnya.

Hal ini berlaku berulang kali setiap hari selama setahun. Pada suatu hari Atong tak muncul di sempadan. Pak Mat Kastam merasa pelik kerana Atong tak pernah tak melintas sempadan walaupun pada cuti umum. Suatu hari Pak Mat Kastam terjumpa Atong di sebuah pekan.

"Atong" tegur Pak Mat Kastam, "Aku tau kau ada seludup sesuatu. Aku tak boleh tidur memikirkannya. Ok lah antara kita berdua, kau dan aku, sebenarnya apa yang kau seludup?"

"Basikal", jawab Atong ringkas.


P/S : Lu ingat basikal x laku ke??

Wednesday 20 July 2011

Wordless #3


P/S : Bahasa Jiwa Bangsa

Tuesday 19 July 2011

Pertandingan Yang Menakjubkan

     Dalam suatu pertandingan di dapati ketiga-tiga orang yang mengambil bahagian telah mendapat markah yang sama. Untuk menentukan pemenang, pengadil menyarankan di adakan pertandingan sedut-sedut dengan hidung. Sesiapa yang paling banyak menyedut benda masuk ke hidungnya akan di istiharkan sebagai pemenang.

     Pengadil meletakkan benda-benda kecil seperti cebisan kertas, kacang hijau dan lain2 di atas meja untuk tujuan di sedut dengan hidung. Ketiga peserta yang datangkan dari seluruh penjuru duniapun bersedia. Pengadil memulai pertandingan.

     Peserta Pertama datang dari Afrika,... .(peserta pertama pun bersedia) Siapppp ... . Yak!..Dan tiba tiba saja meja di depan peserta pertama Hilang.Semua penonton hairan dan takjub. Sungguh luar biasa. Pengadil berkata "Peserta pertama berhasil menghisap sebuah mejaaa!",

     Peserta kedua dari Amerika pun mulai bersedia untuk memulakan sedutan. Huuusp!... . Tiba-tiba saja, 3 buah meja di depan peserta kedua hilang... . semua penonton bertambah hairan dan takjub. Pengadil Berkata "Peserta kedua berhasil menyedut 3 buah meja... !!",

     Sekarang giliran peserta ke tiga... .dari Malaysia. Semua penonton meng booo kerana mereka percaya... sudah tentu tak dapat menyedut kecuali beberapa biji kacang hijau bolehlah agaknya. Ketika peserta ketiga baru mengambil tempat untuk memulakan sedutan hidungnya... tiba tiba... ..zupsssss stadium menjadi gelap dan lampu mati.

     Lalu tak lama kemudian pengadil membuat pengumuman dan berkata : "Saudara saudara para penonton sekalian... Peserta ketiga berjaya menyedut sebuah stadium dan Kita semua berada dalam hidungnya ... ... ... .!"





P/S : Jangan lupa bawak lampu suluh.

Monday 18 July 2011

Kereta Saya Kena Curi

Al-kisah sorang Mamat ni, drive kete BMW milik bank (xabis byr lagi)..

Die nak pegi amik duit kat bank, so die parking la kete die, berdekatan dgn sebuah motorsikal. Penunggang motorsikal tu ade kat atas motor. Tengah tunggu awek kot.

Lelaki dalam kete BMW tadi tu pun keluar lah nak pegi amik duit, tapi tak kunci kete, sebab kejap je pon. Die park kete depan mesin ATM.

Seketika kemudian, ketika mamat motor tadi masih ade kat atas moto die yg berhampiran dgn BMW, dtg sorang lagi laki menghampiri kete BMW.

Dgn x semena-mena, die trus masuk dlm kete bmw yg xkunci tu, start enjin dan terus blah menggunakan kete tersebut. Kete tu dah berjaya dikebas.

Tuan punye kete ni, nampak kete die dilarikan, terus panik. Die pun bergegas ke tempat parking kete dia tadi, di mana mamat motor tadi berada. Smpai je kat situ, die marah dan mengeluh.

Macam mane ni bang, kete saya kena kebas??”tanye tuan punye kete tu.

Mamat moto ni simpati, dan taknak menghampakan tuan kete tadi lalu berkata dengan selamba,

"Takpe, encik jgn risau, saya sempat catit nombor plate kete BMW encik tu


P/S : Mat motor : Encik nak no.plat kete encik? Nanti saya SMS..

Sunday 17 July 2011

Tips Cover Malu

1.) Tersepak batu - Jangan terus bangun, sebaliknya anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai. Lepas tu baru bangun bila tiada orang nampak.

2.) Terjatuh daripada basikal - Cepat-cepat naik semula basikal anda dan jatuhlah lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda sedang berlakon atau saja-saja buat lawak.

3.) Terjatuh tangga - Terus bersilat seolah-olah anda sedang dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus.

4.) Terjatuh dalam longkang - Pungut sampah yang ada di dalam longkang tersebut sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan. Hoh!

5.) Terjatuh ketika hendak menaiki bas - Jeritlah sekuat hati, “Oi! Apa tolak-tolak ni? Tak sekolah ke!!” walaupun tiada orang di belakang anda.
   
6.) Terjatuh di hadapan bus stop - Terus buat-buat pengsan sehingga ada orang datang membantu anda. Sekiranya tiada, baring kat situ sampai malam dan jika tiada orang lagi di bus stop, itulah masa yg sesuai untuk anda bangun.

7.) Tergelincir akibat lantai licin - Tarik kawan (atau sesiapa yang ada bersebelahan anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tidaklah anda sorang sahaja yang mendapat malu.


8.) Seluar terkoyak celah kangkang - "Aper senyum-senyum?? Ini ROCK fesyen baru la wei!! Tak baca majalah ke??"

9.) Terlupa bawa wallet - Tiba-tiba sahaja gastrik datang menyerang.





P/S : Tahun ni, nama korang tersenarai dalam Anugerah Bintang Popular (Pelakon Tips Cover Malu)

Saturday 16 July 2011

Saya Takut Kena Suntik

     Suatu hari, Kojek mengalami demam panas yg telah berlarutan hampir seminggu. Dah makan panadol 12 papan pun masih tak sembuh-sembuh jugak. Maka, Kojek dgn bijaksananya mengambil keputusan yg drastik utk pergi berjumpa doktor di Klinik Pekan.

KOJEK : Doktor, apa sebenarnya sakit saya? Dah seminggu dah saya demam tak sembuh-sembuh lagi. dah macam-macam ubat saya makan.

DOKTOR : Mengikut hasil pemeriksaan yg telah saya jalankan, didapati En.Kojek mengalami demam Malaria. Oleh yg demikian, saya sebagai doktor akan memberi encik satu suntikan vaksin utk menyembuhkan penyakit ini.

KOJEK : Tapi doktor saya takut kena suntik. Sejak sekolah lg saya x pernah kene suntik. Saya alergik ngan suntik doktor. Tolong lah doktor. Xde cara lain ke??

DOKTOR : Xpe, bukan sakit sgt pun kene suntik. Mcm kene gigit semut api je.

KOJEK : Ermm.. Mcm ni la doktor. Apa kata doktor suntik dalam cawan, pastu saya minum. Boleh tak?

DOKTOR : .....................



P/S : Jangan tambahkan kesakitan anda..

Friday 15 July 2011

Saya Pun Nak Bunuh

Seorang isteri dalam lingkungan umur 50an berlari menuju ke kedai yang menjual racun dan beliau meminta racun arsenik daripada pakar racun.

PAKAR RACUN : Puan, nak beli racun arsenik untuk apa?

PUAN : Saya nak guna racun ini untuk membunuh suami saya.

PAKAR RACUN : Jika itu alasan puan untuk membeli racun ini, minta maaf puan, saya tak akan menjualnya.

Lalu si isteri pun mengeluarkan sekeping gambar daripada beg tangannya dan menunjukkan kepada Pakar Racun. Lalu Pakar Racun melihat gambar seorang lelaki tua sedang berasmara dengan seorang perempuan muda yang sangat cantik diatas katil. Apabila Pakar Racun itu mengamati gambar tersebut, beliau pun terus bersuara.

PAKAR RACUN : Puan!! puan ambik lah racun ini percuma. Saya pun nak bunuh isteri saya dengan racun ni sekali!!!





P/S : Jangan sesuka jantung mempelbagaikan kegunaan Racun Arsenik. Minta nasihat daripada Pakar Memasak Racun Sedunia.


Wednesday 13 July 2011

Wordless #2


Tuesday 12 July 2011

Mengelakkan Kecacingan

     Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang
begitu dedikasi mengajar anak muridnya tentang betapa bahayanya
minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari
itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan
dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

"Cuba perhatikan murid-murid. Lihat bagaimana cikgu akan memasukkan cacing ini
kedalam gelas. Perhatikan betul-betul. Cacing yang sebelah kanan cikgu akan cikgu
masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri cikgu akan
masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul-betul."

Semua mata tertumpu pada kedua-dua ekor cacing itu.

Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang-renang di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak-anak muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

"Baiklah murid-murid, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu
tunjukkan sebentar tadi??"

Dengan penuh yakin anak-anak muridnya menjawab,

"UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN, MINUMLAH ARAK"



P/S : Setitik nila, Rosak Susu Sebelanga
        Seorang Guru, Rosak murid sekelas

Monday 11 July 2011

Lupa Makan Ubat

Pada suatu malam Ejot tergesa-gesa mengejutkan Apis yang sedang tidur nyenyak...

EJOT : Apis, cepat bangun!

APIS : Hah?Kenapa?

EJOT : Ko lupa makan ubat. Kan doktor pesan ko makan ubat. Cepatlah bangun.

APIS : Ubat apa?!

EJOT : Ubat tidur



APIS : Semoga roh Ejot di cucuri Rahmat..

Sunday 10 July 2011

Asal-Usul Nama (Masih Dalam Pertikaian)

1.) JUSTIN TIMBERLAKE - Pekerjaan nenek moyang beliau menimba (TIMBER) tasik (LAKE) untuk mendapatkan ikan.

2.) DAVID BECKHAM - Pengamal kaedah perubatan  tradisional iaitu bekam. Untuk menambah ciri-ciri omputih 'bekam' ditukar kepada "BECKHAM".

3.) CLINT EASTWOOD - Berketurunan pencari kayu (WOOD) api tapi di sebelah timur (EAST) sahaja.

4.) DAVID COPPERFIELD - Pelombong tembaga (COPPER) di padang {(FIELD) sekolah.

5.) TIGER WOODS - Untuk menyara hidup, nenek moyang beliau mencari kayu (WOOD) api di hutan. Tetapi malang tidak berbau, nenek moyangnya di baham harimau (TIGER)

6.) BRITNEY SPEARS - Atuk kepada moyang beliau dulu adalah pembuat tombak (SPEAR) senjata orang dulu-dulu.

7.) HUGH JACKMAN - Juru jual peralatan jek kereta.

8.) PETER JACKSON - Juga menjual peralatan jek kereta. Malah ada teori mengatakan nenek moyang beliau dan Hugh Jackman merupakan rakan sekerja.

9.) DEAN CAIN - Menjual kain di pasar malam.

10.) MICHAEL BALLACK - Penebang kayu balak (BALLACK) tetapi dibuang kerja akibat sering ponteng kerja disebabkan lewat bangun akibat menonton perlawanan bola lewat malam

11.) BILL GATES - Kontraktor pintu pagar (GATE)

12.) NICHOLAS CAGE - Pembuat sangkar (CAGE) burung & beruang

13.) CARLOS SANTANA - Pembekal santan seluruh Mexico & Timur Burma.

14.) JENNIFER LOPEZ - Menjual kuih lopes dan kuih lapis secara kecil-kecilan

15.) HALLE BERRY - Pengusaha ladang blueberry terkenal dan bukan tauke kedai menjual HP BlackBerry

16.) ERIC CANTONA - Pemandu lori kontena & sering menggunakan Laluan Karak

17.) FRANCIS LIGHT - Pekerja kedai lampu(LIGHT) & meminati Band dari Kanada "Lighthouse"



P/S : Yusuf Tayyob - Jual Kurma di Bazar Ramadhan

Saturday 9 July 2011

Peribahasa Budak Tak Sekolah

1. Kemana tumpahnye kuah,kalau tak ke bawah
2. Tak lapuk dek hujan,tak lekang macam rambutan
3. Tiada rotan,pelempang berguna juga
4. Biar lambat asalkan tak cepat
5. Biar putih tulang jangan kuning gigi
6. Dimana ada gula disitulah ada gula-gula
7. Kalah jadi abu,menang jadi arang,seri jadi abu bakar
8. Carik-carik bulu ayam,lama-lama jadi shuttlecock
9. Secupak takkan jadi 18 cupak
10. Gajah mati meninggalkan gading,udang harimau mati meninggalkan kulit,manusia
mati meninggalkan dunia
11. Sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula makanan di dalam mulut
12. Harapkan pagar,pagar tak boleh diharap
13. Alang-alang mandi biar gunakan sabun
14. Berat mata memandang,berat lagi seguni beras
15. Cubit paha kanan,paha kiri tak rasa apa pun
16.  Diam-diam ubi berisi,diam-diam orang.....bisu
17. Hidup segan,mati ditanam
18. Ikut hati mati,ikut rasa merasa
19. Lembu punye susu cap teko dapat nama
20. Sehari selembar benang,lama-lama habis
21. Jika mata kail panjang sejengkal,beli la yang panjang skit kalu nak mancing kat
laut(beli pukat tunda lagi baik)
22. Hendak seribu daya,tak hendak takpa
23. Membujur lalu lintang-pukang
24. Hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri,lagi baik tak payah hujan
25. Sebab pulut santan binasa,sebab mulut habis pulut
26. Kecil-kecil cili padi,kecil lagi biji cili
27. Tuah ayam boleh nampak di kaki,tuah manusia boleh makan ayam
28. Kalau sudi katakan sudi,kalau tak sudi boleh blah la lu..!!



P/S : Apa Pun Tak Boleh!

Thursday 7 July 2011

You've Got Mail

Seorang lelaki sedang memotong rumput di halaman depan rumahnya, ketika jirannya, seorang wanita cantik berambut perang keluar dari rumah dan terus menuju ke peti surat. Dia membuka peti surat itu dan menutup peti surat dengan kuat dan masuk ke rumah.

Beberapa saat kemudian, wanita itu keluar lagi dari rumahnya dan memeriksa semula peti suratnya. Pintu peti surat dihempas lagi dan dengan marah dia masuk ke dalam rumah. Ketika lelaki tadi hampir selesai memotong rumput, wanita tadi muncul lagi dari dalam rumah. Terus menuju ke peti surat, membukanya dan segera menghempas pintu peti surat tersebut lebih kuat daripada sebelumnya.

Bingung dengan tindakan yang dilakukan wanita itu, lelaki tadi bertanya padanya, "Cik ada masalah ke?"
Wanita berambut perang itu menjawab, "YA!! MEMANG SAYA ADA MASALAH!" Bentak wanita itu..
"Laptop saya asyik-asyik bagitau YOU'VE GOT MAIL!!"


P/S : Kite Bakor!! Kite Bakor!!

Wednesday 6 July 2011

Wordless Wednesday #1

Tuesday 5 July 2011

Aku Tak Jahil Cuma Aku Lupa....

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian mereka ni menyebabkan tok imam x senang duduk. Pada satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah mereka ni.

Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti.

Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami
buktikan yang kami bukan la jahil sangat seperti yg disangkakan" .

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.

Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan,
"Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terserlah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat 2x pun x khusyuk jgk lg..

Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam."
Tok imam pun undur le ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba-tiba je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!"

Lalu batal lah solat Budin. Yang lain pun ikut berhenti sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg wiridnya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko
niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn
bongkaknye si Ciko berkata,

"Itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dasyat saya imam tok!"


P/S : Tak sempat nak blajar bab wuhuk. Ustazah saya cuti bersalin..

Monday 4 July 2011

3 Jeneral Dunia

Tiga orang Jeneral dunia sedang bertanding keberanian tentaranya dan untuk membuktikannya masing masing jeneral memerintahkan salah satu prajuritnya untuk mengikuti arahannya :

JEPUN
Jeneral : Prajurit maju sini
Prajurit : Siap Jeneral
Jeneral : Tangkap peluru yang saya tembakan ke tubuh kamu
Prajurit : Siap Jeneral
Peluru langsung ditembakan dan kerana jaraknya terlalu dekat maka si prajurit tidak dapat menangkapnya dan langsung mati.
Si jeneral dengan bangga mengatakan “Lihat prajurit saya sangat berani dan bersedia untuk mati”

JERMAN
Jendral : Prajurit maju sini
Prajurit : Siap jeneral
Jeneral : Tangkap peluru dari RPG yang saya tembak
Prajurit : Siap Jeneral
Peluru meluncur cepat dan prajurit yang menangkap peluru itu hancur berkecai.
Si Jeneral sangat bangga dan berkata “Prajurit saya lebih berani kerana sanggup menangkap bom RPG”

INDONESIA
Jeneral : Prajurit maju sini
Prajurit : Siap Jendral
Jeneral : Sebrangi ladang periuk api dengan berlari cepat
Prajurit : Tidak mau jendral !
Jendral : Sebrangi cepat !!
Prajurit : Tidak mau jendral !
Hingga tiga kali  jeneral memerintahkan prajuritnya, namun tetap tidak mahu dituruti.
Si Jeneral berkata “Lihat prajurit saya yang paling berani!! Arahan jendral langsung saja bisa dia tolak”



P/S : Prajurit!! Tolong cabutkan bulu hidung saya!!!

Sunday 3 July 2011

Kita Serupa

Topek diterima bekerja di sebuah zoo. Tugasnya adalah untuk memakai sut monyet yang disediakan dan bergayut di atas pokok seperti monyet yang sebenar. Oleh kerana Topek mempunyai pengalaman memanjat pokok kelapa di kampungnya, maka kerja tersebut tidaklah terlalu sukar untuk dirinya. Namun begitu,pada suatu hari,dia terjatuh ke dalam kandang harimau yg bersebelahan kandangnya. Apa lagi, kecut perutlah si Topek ni apatah lagi melihatkan harimau tersebut sedang menghampirinya. Dia pun menjerit sekuat hati meminta pertolongan.

TOPEK : TOLONGGGGG! Matilah aku macam ni. Menyesal betul la aku amik kerja ni. TOLONGGGGG! Aku manusia la, bukan monyet. Jgn makan aku.

Harimau tersebut semakin lama semakin menghampiri diri Topek. Lalu harimau tersebut pun tiba-tiba berkata.

HARIMAU : Ssshhh! Baik kau diam. Karang tak pasal-pasal kita berdua kena buang kerja.


P/S : Nonton bola Taiwan vs Malaysia sambil dengar lagu Headwind - Kita Serupa..

Sedapnya Kacang Ni...

Alkisah seorang  perempuan yang bernama Timah, dia bawak boyfriend dia pegi jumpa ngan nenek dia. Sesampainya si Timah dan boyfriendnya  disana, Timah pun mengenalkan boyfrindnya kepada neneknya.

TIMAH : Nek nilah Tun yang milah selalu ceritakan kat nenek tu.
NENEK : Oh ni ke orangnya?(Nenek Timah bertanya sambil merenung Bongek )
TIMAH : Nenek borak-borak lah dulu ngan Bongek. Timah pegi buat air kejap.

Bongek dengan selambanya menghabiskan kacang yang ada di atas meja.

BONGEK : Nek sorylah kacang nenek dah abis.
NENEK : Tak ape. Lagipun Timah sesalu belikan nenek coklat yang ada kacang. So, kacang dia nenek kulam kulam je tak makan pun.





P/S : Lebih baik Pemalu daripada Rakus..

Saturday 2 July 2011

Tutup Tingkap Dulu

     Mok baru habis main bolasepak dan berjalan menuju ke keretanya. Tiba di
keretanya, Mok dapati ada kesan kemik di sebelah pintu pemandu
keretanya seperti terkena bolasepak.

     Keesokkan harinya, Mok membawa kereta itu ke bengkel basikal kereta. Mekanik di
bengkel tu yang sememangnya tahu akan ke'bendul'an Mok, cuba nak mempermainkan
Mok. Dia memberitahu, sekiranya Mok meniup melalui lubang ekzos keretanya itu, pintu yang kemik itu akan kembung kembali dan keretanya akan kembali seperti sediakala.

     Maka, Mok pun pulang ke rumah dan mula meniup melalui lubang ekzos keretanya itu. Tiada apa-apa yang berlaku. Mok meniup dengan lebih kuat lagi namun tetap juga tiada apa-apa yang berlaku.

     Teman serumahnya Met, keluar dan bertanya, "Apa ngko buat tu?" Mok
menjelaskan kepada Met bagaimana mekanik di bengkel tadi telah
mengarahkannya untuk meniup melalui ekzos kereta supaya kemikan di
pintu keretanya akan kembung semula.

     Met menggeleng-gelengkan kepala, ketawa berdekah-dekah sambil berkata,
"HELLLLO!! Kenape la aku di kurniakan kawan yang bangang macam ngko ni? Kau kena tutup semua
tingkap kereta ni dulu!"



P/S : Biar Pandai, Jangan Memandai-Mandai..

Friday 1 July 2011

Pusingan Kalah Mati

Bos berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi
aturkan segalanya.

Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan
outstation, awak pandai2 jaga diri nanti...

Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu,
jadi mari kita habiskan masa bersama-sama. ...

Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu,
jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen...

Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde
kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama...

Atuk (the 1st boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa
bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh...

Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah
membatalkan outstation tu...

Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama
untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya. .

Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.

Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene
pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.

Atuk menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi
uruskan semuanya..



P/S : Korang mula dari awal. Penat aku nak taip..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...