Friday 30 September 2011

Kaitan Antara Manusia & Bunga

#  Bunga & wanita tidak dapat dipisahkan. Sebagai contoh apabila teman wanita anda marah dan dihulurkan bunga, maka secara otomatiknya teman wanita anda akan tersenyum tanpa memerlukan sebab yang kuat & munasabah.

#  Lelaki & bunga juga tidak dapat dipisahkan. Contohnya apabila anda bersikap sentimental, secara otomatik anda akan mendapat gelaran 'Mat Bunga' dan bukannya tumbuhan lain.

#  Ada satu bunga dimana lelaki & wanita tidak menyukainya iaitu 'Bunga Pinjaman' yang mana apabila dibiarkan ia boleh membawa kepada kemudharatan.

#  Tidak kira lelaki atau pun wanita, bunga yang sering di tunggu-tunggu iaitu 'Bunga Api' yang meraikan suatu majlis dimalam hari.

#  Jika anda lelaki mahupun wanita lambat mendapat jodoh ataupun ditimpa kecelakaan, 'Mandi Bunga' adalah perkara yang sering dilakukan.

#  Lelaki mahupun wanita tidak akan memberikan apa-apa reaksi ataupun tindakbalas yang memberangsangkan apabila dihadiahkan 'Tayar Bunga' tetapi jika 'Bunga Tayar' kenderaan anda semakin berkurangan, eloklah anda menukarnya.





P/S : Bunga yang mati apabila disiram ialah 'Bunga Api'

Thursday 29 September 2011

Perkara Yang Anda Perlu tahu Tentang Bola

~  Walaupun bola seringkali disepak, ditampar, dipukul & dibaling tapi percayalah bola itu tidak akan sesekali membalas perlakuan tersebut kepada anda.

~  Bola juga mampu membuatkan bini anda menjadi murung apabila rancangan drama kegemarannya digantikan dengan siaran langsung bola sepak

~  Walapuan anda tidak pernah duduk semeja dengan pemain bola sepak dan bertukar-tukar cerita mengenai hal peribadi, tetapi anda tetap akan menyokong seolah-olah anda sudah mengenalinya selama 18 tahun lamanya.

~  Ketika siaran langsung bola sepak sedang berlangsung, bukan sahaja pemain bola sepak yang sibuk, bahkan pelayan restoran mamak juga sibuk melayan karenah para pelanggan.

~  Dengan bola juga, ia boleh mengubah seseorang daripada kaya-raya menjadi papa kedana. (Judi Haram Disisi Agama Islam)

~  Sekalipun bentuk bola itu bulat, tetapi anda tidak boleh sewenang-wenangnya menukarkan bola tenis untuk bermain bola sepak, bola sepak untuk bermain bola lisut, dan bola golf untuk bermain bola ping ping dan juga bola keranjang untuk sukaneka membawa bola dalam sudu.





P/S : Bola itu bulat. Takkan jadi segi tiga atau pun segi empat.



Wednesday 28 September 2011

Hobi Awak Pulak??

PEREMPUAN : Hai, nama saya suzy. Awak pulak?

LELAKI : Hai, saya Zul.

PEREMPUAN : Awak baru balik keje ke?

LELAKI : Ye.

PEREMPUAN : Naik krete ke?

LELAKI : Ye.

PEREMPUAN : Mana satu krete awak?

LELAKI : Ferarri warna merah tu.

PEREMPUAN : Wow! (Mesti orang kaya ni). Awak ada berapa krete kat umah?

LELAKI : Tak byk. Lamborghini sebijik, Pagani Zonda sebijik dan Hummer 4 bijik.

PEREMPUAN : Waaaahhhh! Duit byk mesti dah naik haji kan?

LELAKI : Dah 4 kali naik haji & 7 kali pegi umrah.

PEREMPUAN : (Emmm.. Ciri-ciri suami yg soleh. Tak sia-sia aku tegur) Hobi awak pulak, mesti main golf kan??

LELAKI : Tak.. Tipu orang!





P/S : Kan dah kene tipu~

Wednesday 21 September 2011

Dugaan Sebagai DJ Radio

DJ : Cool FM, Hello sapa di sana?

TINA : Tina sini kak.

DJ : Tina wat panggilan dari mana?

TINA : Sepangyol kak.

DJ : Teruskan ucapan anda Tina.

TINA : Ucapan ini saya tujukan buat Emak yang berada kat umah yang tengah sibuk masak kat dapur, buat ayah yang tengah keje kat ofis, buat Abg Long yang tengah cuci motor dan akhir sekali buat akak saya yang tengah sibuk main kejar-kejar ngan si tompok dengan pertanyaan "Korang tengah wat aper tu?"

DJ : ??????


P/S : Sabar melayan karenah pendengar~

Monday 19 September 2011

Aku Seorang Penyelam

Suatu hari seorang penyelam sedang melihat terumbu karang di dalam laut.

Pada kedalaman 8 meter, tiba -tiba dia melihat seseorang berada disampingnya. Dia sangat terkejut kerana orang tersebut tidak memakai peralatan menyelam.

Penyelam itu turun lagi sampailah ke kedalaman 15 meter. Sekali lagi dia terkejut melihat orang yang disebelahnya tadi masih mengikutinya. Penyelam itu turun lagi, sampai ke kedalaman 25 meter, orang yang tadi turut mengikutinya.

Penyelam makin hairan, dan dia mendekati orang tersebut sambil memberikan white board dengan pensilnya dengan tulisan: "Hebatnya kamu...bagaimana caranya sampai ke kedalaman ini tanpa memakai alat menyelam?"

Orang itu mengambil white boardnya dan menulis: "Aku lemaslah...bodoh!"





P/S : Kan dah kene "Bodoh"

Sunday 18 September 2011

Mana Satu Yang Betul??

PENGEMIS : Tuan! Kasihanilah saya. Saya orang bisu.

TUAN : Aik? Bisu? Kalau bisu tak boleh bercakap.

PENGEMIS : Eh! Salah. Saya tuli.


TUAN : Boleh pulak kamu mendengar?


PENGEMIS : Eh! Bukan. Saya buta.


TUAN : (Mengeluarkan dompet) Takde duit!


PENGEMIS : Tu ada RM50!


TUAN : Tadi kata buta. Boleh pulak melihat??


PENGEMIS : Eh! Salah lagi. Saya gila.






P/S : Kan dah ngaku gila!

Thursday 15 September 2011

Baiknya Anak Kamu

2 orang sahabat yang lama tak berjumpa. Tiba-tiba terserempak di pasar. Kedua-duanya memulakan cerita tentang anak masing-masing.

Aini : Hye dah lame kita tak berjumpe kan.

Minah : A'ah la. Dah lame kite tak jumpa.

Aini : Ha. Macam mane ngan anak ko? Baik tak perangainyer?

Minah : Tak lah. Die degil. Kau pulak macam mane?

Aini : Anak aku baik.

Minah : Dia selalu balik lewat malam tak? Atau minum arak?

Aini : Oh! Tidak.

Minah : Dia selalu kurang ajar dgn kamu tak?

Aini : Oh! Tidak. Tidak same sekali.

Minah : Berapa umurnya?

Aini : Ermm... Besok genap 6 bulan.

Minah : &^%*(&%#$


P/S : Best nye anak kau~

Wednesday 14 September 2011

Wordless Wednesday #1



Tuesday 13 September 2011

Jemputan Ke Suara Kami Concert

Baru je tadi bukak e-mel. Skrol punya skrol, ada e-mel dari Nuffnang MY. Klik & Baca isi kandungan. Tajuk dier "INVITATION TO SUARA KAMi CONCERT".

Dapat 2 tiket derrrr.... Thanx a lot Nuffnang MY


KLIK GAMBAR UNTUK ZOOM

P/S : Saper2 lagi yang dapat invitation ni??

Monday 12 September 2011

Cikgu! Saya Ada Soalan

Di sebuah kelas, seorang cikgu sedang mengajar matapelajaran geografi. Setelah sejam, beliau selesai menjalankan tugas mulia beliau..


CIKGU : Baiklah! Dah hampir sejam saya membebel kat depan ni. Sapa yang ada soalan boleh angkat tangan.

Bob, salah seorang pelajar dalam kelas tersebut dengan dahi berkerut, angkat tangan bukan tanda protes tetapi ingin bertanyakan soalan.

BOB : Cikgu! Saya ada soalan.

CIKGU : Ye Bob! Teruskan.

BOB : Sebelum saya meneruskan soalan saya, ada baiknya saya selaku Ketua Kelas merangkap wakil rakan-rakan saya mengucapkan terima kasih atas penerangan cikgu tadi.

CIKGU : Sama-sama Bob. Memang tugas saya selaku guru mengajar pelajar saya.

BOB : Tapi saya hairan & ajaib la cikgu. Apesal penerangan cikgu tadi mengandungi perkara-perkara yang melibatkan gunung ganang, Laut China Selatan, gurun Sahara??

CIKGU : Memanglah! Dah memang saya seorang guru geografi dan mengajar matapelajaran geografi. Takkan la saya nak ajar korang Pendidikan Jasmani & Kesihatan pulak.

BOB : Tapi cikgu, masalahnya sekarang dalam jadual kitorang matapelajaran matematik.

CIKGU : ................??


P/S : Jam dier rosak kot?


Friday 9 September 2011

Cikgu VS Budak Tadika

Di dalam sebuah kelas, seorang cikgu tadika perempuan bertanyakan satu soalan,

"Ada 3 ekor burung di atas pokok. Seekor ditembak pemburu, berapa ekor lagi tinggal di atas pokok?" Adik Mat mengangkat tangan dan menjawab soalan tersebut, "Kosong cikgu".

"Kenapa kosong Mat?" Tanya cikgu.

"Sebab 2 ekor lagi tu mesti laa terbang lari cikgu."

"Salah! Jawapannya tentulah 2 Mat. 3 tolak 1 sama dengan 2. Tapi cikgu suka cara kamu berfikir".

Habis kelas, cikgu dengan ikhlas dan murah hatinya belanja Adik Mat makan aiskrim. Adik Mat yang sedang menjamu aiskrim itu tiba-tiba bertanya,

"Cikgu, ada 3 orang perempuan makan aiskrim. Sorang tu style makan telan semua sekaligus. Yang sorang lagi gigit sikit-sikit. Perempuan yang last sekali jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis. Antara 3 orang perempuan tu, cuma seorang saja dah kahwin. Yang mana satu dah kahwin cikgu?"

Tergamam cikgu apabila mendengar soalan Adik Mat tu! Tapi cikgu tetap maintain cool jerk. Dengan berlagak neutral cikgu pun menjawab, "Yang jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis tu kot yang dah kahwin".

"Salah cikgu! Yang pakai cincin kahwin la yang dah kahwin. Tapi takpe, saya suka cara cikgu berfikir."





P/S : Berfikirlah secara positif walaupun borak ngan budak tadika sekalipun

Thursday 8 September 2011

Bil Telefon

Bil telefon sebuah keluarga naik melambung. Si Suami telah memanggil semua ahli keluarga untuk berbincang.

SUAMI : Ini dah melampau!! Gunakan telefon sesuka hati. Ayah tak gunakan telefon rumah, ayah gunakan telefon tempat ayah bekerja.

ISTERI : Saya pun sama juga. Gunakan telefon tempat saya bekerja.

ANAK : Oh sorry. Saya gunakan SMS sahaja. Untuk panggilan, saya gunakan telefon tempat saya bekerja juga.

MAID@BIBIK : Jadi apa masalahnya? Semua orang gunakan telefon tempat bekerja. Sama juga dengan saya!!!


P/S : Betul jugak kan Bik~

Wednesday 7 September 2011

Kad Raya Saya Tak Sampai

Bocel dalam dilema akibat kebingungan memikirkan kad raya yang dihantar kepada kawannya tak sampai lagi walaupun raya dah berlalu selama seminggu..

BOCEL : Man, ko dapat kad raye yang aku kirim kat kau tu?

DIMAN : Xde pown.

BOCEL : Ish!! Camne boleh tak dapat eh?

DIMAN : Ko tak boh setem kot?

BOCEL : Dah. Aku dah buboh.

DIMAN : Ko salah alamat kot?

BOCEL : Macam aku tak tau umah ko.

DIMAN : Posmen lupe hantar kot?

BOCEL : Tak kot. Aku rasa aku tak hantar lagi la.

DIMAN :*#$%^*&!


P/S : Selamat Hari Raya Ke-9


Tuesday 6 September 2011

Bukan Saya... Tapi...

Di sebuah sekolah tabika, seorang cikgu sedang bertanya kepada anak muridnya tentang latar belakang keluarga.

CIKGU : Awak ada berapa beradik?

MURID : Tiga orang, cikgu!

CIKGU : Awak yang paling tua?

MURID : Tak. Atuk saya....





P/S : Ayah saya yang ke-2

Monday 5 September 2011

Filem Tercanggih

Seorang penerbit filem mahu menerbitkan sebuah filem yang paling canggih dalam dunia, dan dalam filem itu ada adegan pertempuran yang paling hebat pernah diadakan.

PENERBIT : Saya akan menggunakan dua pasukan tentera setiap satu
mempunyai 25 ribu tentera.

PENGARAH : Kalau 2 pasukan menjadi 50 ribu, bagaimana kita mahu
membayar mereka?

PENERBIT : Ini lah yang saya telah rancangkan. Kita gunakan peluru
hidup!


P/S : Akan di tayangkan 50 tahun akan datang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...