Sunday, 3 July 2011

Sedapnya Kacang Ni...

Alkisah seorang  perempuan yang bernama Timah, dia bawak boyfriend dia pegi jumpa ngan nenek dia. Sesampainya si Timah dan boyfriendnya  disana, Timah pun mengenalkan boyfrindnya kepada neneknya.

TIMAH : Nek nilah Tun yang milah selalu ceritakan kat nenek tu.
NENEK : Oh ni ke orangnya?(Nenek Timah bertanya sambil merenung Bongek )
TIMAH : Nenek borak-borak lah dulu ngan Bongek. Timah pegi buat air kejap.

Bongek dengan selambanya menghabiskan kacang yang ada di atas meja.

BONGEK : Nek sorylah kacang nenek dah abis.
NENEK : Tak ape. Lagipun Timah sesalu belikan nenek coklat yang ada kacang. So, kacang dia nenek kulam kulam je tak makan pun.





P/S : Lebih baik Pemalu daripada Rakus..

Saturday, 2 July 2011

Tutup Tingkap Dulu

     Mok baru habis main bolasepak dan berjalan menuju ke keretanya. Tiba di
keretanya, Mok dapati ada kesan kemik di sebelah pintu pemandu
keretanya seperti terkena bolasepak.

     Keesokkan harinya, Mok membawa kereta itu ke bengkel basikal kereta. Mekanik di
bengkel tu yang sememangnya tahu akan ke'bendul'an Mok, cuba nak mempermainkan
Mok. Dia memberitahu, sekiranya Mok meniup melalui lubang ekzos keretanya itu, pintu yang kemik itu akan kembung kembali dan keretanya akan kembali seperti sediakala.

     Maka, Mok pun pulang ke rumah dan mula meniup melalui lubang ekzos keretanya itu. Tiada apa-apa yang berlaku. Mok meniup dengan lebih kuat lagi namun tetap juga tiada apa-apa yang berlaku.

     Teman serumahnya Met, keluar dan bertanya, "Apa ngko buat tu?" Mok
menjelaskan kepada Met bagaimana mekanik di bengkel tadi telah
mengarahkannya untuk meniup melalui ekzos kereta supaya kemikan di
pintu keretanya akan kembung semula.

     Met menggeleng-gelengkan kepala, ketawa berdekah-dekah sambil berkata,
"HELLLLO!! Kenape la aku di kurniakan kawan yang bangang macam ngko ni? Kau kena tutup semua
tingkap kereta ni dulu!"



P/S : Biar Pandai, Jangan Memandai-Mandai..

Friday, 1 July 2011

Pusingan Kalah Mati

Bos berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi
aturkan segalanya.

Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan
outstation, awak pandai2 jaga diri nanti...

Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu,
jadi mari kita habiskan masa bersama-sama. ...

Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu,
jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen...

Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde
kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama...

Atuk (the 1st boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa
bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh...

Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah
membatalkan outstation tu...

Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama
untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya. .

Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.

Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene
pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.

Atuk menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi
uruskan semuanya..



P/S : Korang mula dari awal. Penat aku nak taip..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...