Wednesday, 7 September 2011

Kad Raya Saya Tak Sampai

Bocel dalam dilema akibat kebingungan memikirkan kad raya yang dihantar kepada kawannya tak sampai lagi walaupun raya dah berlalu selama seminggu..

BOCEL : Man, ko dapat kad raye yang aku kirim kat kau tu?

DIMAN : Xde pown.

BOCEL : Ish!! Camne boleh tak dapat eh?

DIMAN : Ko tak boh setem kot?

BOCEL : Dah. Aku dah buboh.

DIMAN : Ko salah alamat kot?

BOCEL : Macam aku tak tau umah ko.

DIMAN : Posmen lupe hantar kot?

BOCEL : Tak kot. Aku rasa aku tak hantar lagi la.

DIMAN :*#$%^*&!


P/S : Selamat Hari Raya Ke-9


Tuesday, 6 September 2011

Bukan Saya... Tapi...

Di sebuah sekolah tabika, seorang cikgu sedang bertanya kepada anak muridnya tentang latar belakang keluarga.

CIKGU : Awak ada berapa beradik?

MURID : Tiga orang, cikgu!

CIKGU : Awak yang paling tua?

MURID : Tak. Atuk saya....





P/S : Ayah saya yang ke-2

Monday, 5 September 2011

Filem Tercanggih

Seorang penerbit filem mahu menerbitkan sebuah filem yang paling canggih dalam dunia, dan dalam filem itu ada adegan pertempuran yang paling hebat pernah diadakan.

PENERBIT : Saya akan menggunakan dua pasukan tentera setiap satu
mempunyai 25 ribu tentera.

PENGARAH : Kalau 2 pasukan menjadi 50 ribu, bagaimana kita mahu
membayar mereka?

PENERBIT : Ini lah yang saya telah rancangkan. Kita gunakan peluru
hidup!


P/S : Akan di tayangkan 50 tahun akan datang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...