Monday, 12 September 2011

Cikgu! Saya Ada Soalan

Di sebuah kelas, seorang cikgu sedang mengajar matapelajaran geografi. Setelah sejam, beliau selesai menjalankan tugas mulia beliau..


CIKGU : Baiklah! Dah hampir sejam saya membebel kat depan ni. Sapa yang ada soalan boleh angkat tangan.

Bob, salah seorang pelajar dalam kelas tersebut dengan dahi berkerut, angkat tangan bukan tanda protes tetapi ingin bertanyakan soalan.

BOB : Cikgu! Saya ada soalan.

CIKGU : Ye Bob! Teruskan.

BOB : Sebelum saya meneruskan soalan saya, ada baiknya saya selaku Ketua Kelas merangkap wakil rakan-rakan saya mengucapkan terima kasih atas penerangan cikgu tadi.

CIKGU : Sama-sama Bob. Memang tugas saya selaku guru mengajar pelajar saya.

BOB : Tapi saya hairan & ajaib la cikgu. Apesal penerangan cikgu tadi mengandungi perkara-perkara yang melibatkan gunung ganang, Laut China Selatan, gurun Sahara??

CIKGU : Memanglah! Dah memang saya seorang guru geografi dan mengajar matapelajaran geografi. Takkan la saya nak ajar korang Pendidikan Jasmani & Kesihatan pulak.

BOB : Tapi cikgu, masalahnya sekarang dalam jadual kitorang matapelajaran matematik.

CIKGU : ................??


P/S : Jam dier rosak kot?


Friday, 9 September 2011

Cikgu VS Budak Tadika

Di dalam sebuah kelas, seorang cikgu tadika perempuan bertanyakan satu soalan,

"Ada 3 ekor burung di atas pokok. Seekor ditembak pemburu, berapa ekor lagi tinggal di atas pokok?" Adik Mat mengangkat tangan dan menjawab soalan tersebut, "Kosong cikgu".

"Kenapa kosong Mat?" Tanya cikgu.

"Sebab 2 ekor lagi tu mesti laa terbang lari cikgu."

"Salah! Jawapannya tentulah 2 Mat. 3 tolak 1 sama dengan 2. Tapi cikgu suka cara kamu berfikir".

Habis kelas, cikgu dengan ikhlas dan murah hatinya belanja Adik Mat makan aiskrim. Adik Mat yang sedang menjamu aiskrim itu tiba-tiba bertanya,

"Cikgu, ada 3 orang perempuan makan aiskrim. Sorang tu style makan telan semua sekaligus. Yang sorang lagi gigit sikit-sikit. Perempuan yang last sekali jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis. Antara 3 orang perempuan tu, cuma seorang saja dah kahwin. Yang mana satu dah kahwin cikgu?"

Tergamam cikgu apabila mendengar soalan Adik Mat tu! Tapi cikgu tetap maintain cool jerk. Dengan berlagak neutral cikgu pun menjawab, "Yang jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis tu kot yang dah kahwin".

"Salah cikgu! Yang pakai cincin kahwin la yang dah kahwin. Tapi takpe, saya suka cara cikgu berfikir."





P/S : Berfikirlah secara positif walaupun borak ngan budak tadika sekalipun

Thursday, 8 September 2011

Bil Telefon

Bil telefon sebuah keluarga naik melambung. Si Suami telah memanggil semua ahli keluarga untuk berbincang.

SUAMI : Ini dah melampau!! Gunakan telefon sesuka hati. Ayah tak gunakan telefon rumah, ayah gunakan telefon tempat ayah bekerja.

ISTERI : Saya pun sama juga. Gunakan telefon tempat saya bekerja.

ANAK : Oh sorry. Saya gunakan SMS sahaja. Untuk panggilan, saya gunakan telefon tempat saya bekerja juga.

MAID@BIBIK : Jadi apa masalahnya? Semua orang gunakan telefon tempat bekerja. Sama juga dengan saya!!!


P/S : Betul jugak kan Bik~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...