Friday, 19 August 2011

Saya Dah Pulih Semula

Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang-pukang kerana menyangka ayam itu akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke dalam rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian terhadap lelaki itu bagi mengenalpasti sama ada lelaki itu sudah pulih atau tidak.

DOKTOR: Awak tahu siapa diri awak sekarang?

LELAKI: Ya doktor.

DOKTOR: Siapa awak?

LELAKI: Saya manusia.

DOKTOR: Yeke? Bukan jagung?

LELAKI: Tidak doktor.

DOKTOR: Kamu takut dengan ayam?

LELAKI: Tidak doktor.

DOKTOR: Hmm, nampaknya kamu telah pulih.

LELAKI: Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.

DOKTOR: Apa dia?

LELAKI: Ayam tau tak saya dah jadi manusia?

DOKTOR: @*&%#^$@



P/S : Sedap buat Pop Corn~

5 comments:

RinsyaRyc said...

muahahaha.. lawak gila...

follow sya balik ya..

http://bulatmata.blogspot.com/

Jo Qusary said...

Takleh berjemur di pantai nampak gayanya... nanti jadi jagung bakar.

~M-i-M~ said...

mmg lar kna makan manusia ni...
haha

Famili Ceria said...

ceh...masih gila lagi...

Entri Menarik Di Sini:
1)Download Fast Five BDRip English Hardsub MKV
2)Octove.com Social Network Pertama Di Malaysia Bagi Hadiah Iphone 4
3)Boboi Boy Download

Lala Adila said...

bwhahahaha , sangat lawk . hahahahahahahahahhaahhah

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...