Sunday, 14 August 2011

Hari Pertama Saya Bekerja

Dalam sebuah teksi yang menuju ke bandar, seorang penumpang ingin bertanya kepada pemandu teksi tersebut. Lantas dia menepuk bahu pemandu teksi dengan perlahan. Tiba-tiba pemandu teksi itu menjerit dan tak dapat mengawal kenderaannya dan hampir melanggar sebuah bas. Nasib baik teksi itu sempat berhenti. Untuk beberapa ketika suasana sepi, kedua-duanya cemas.

Kemudiannya pemandu teksi berkata,.. “Hei … awak jangan buat macam tu lagi tau. Awak buat saya takut!!" Penumpang itu minta maaf sambil berkata, “Saya tak sangka awak takut macam tu sekali. Saya cuma tepuk bahu awak je

Pemandu itu menjawab, “Maaf Encik, sebenarnya hari ni adalah hari pertama saya bawak teksi. Sebelum ni, saya dah 25 tahun bawak kereta jenazah"




P/S : Ingatkan mayat yang tepuk bahu saya tadi~

2 comments:

alif haris said...

hahahaha mayat tepuk bahu ..
terkezut die :D

Z A F said...

sape x tkejot cmtu..
haha

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...