Friday 30 September 2011

Kaitan Antara Manusia & Bunga

#  Bunga & wanita tidak dapat dipisahkan. Sebagai contoh apabila teman wanita anda marah dan dihulurkan bunga, maka secara otomatiknya teman wanita anda akan tersenyum tanpa memerlukan sebab yang kuat & munasabah.

#  Lelaki & bunga juga tidak dapat dipisahkan. Contohnya apabila anda bersikap sentimental, secara otomatik anda akan mendapat gelaran 'Mat Bunga' dan bukannya tumbuhan lain.

#  Ada satu bunga dimana lelaki & wanita tidak menyukainya iaitu 'Bunga Pinjaman' yang mana apabila dibiarkan ia boleh membawa kepada kemudharatan.

#  Tidak kira lelaki atau pun wanita, bunga yang sering di tunggu-tunggu iaitu 'Bunga Api' yang meraikan suatu majlis dimalam hari.

#  Jika anda lelaki mahupun wanita lambat mendapat jodoh ataupun ditimpa kecelakaan, 'Mandi Bunga' adalah perkara yang sering dilakukan.

#  Lelaki mahupun wanita tidak akan memberikan apa-apa reaksi ataupun tindakbalas yang memberangsangkan apabila dihadiahkan 'Tayar Bunga' tetapi jika 'Bunga Tayar' kenderaan anda semakin berkurangan, eloklah anda menukarnya.





P/S : Bunga yang mati apabila disiram ialah 'Bunga Api'

1 comment:

Anonymous said...

baru melawat ne...hahaha bunga oh bunga....

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...