Thursday 29 September 2011

Perkara Yang Anda Perlu tahu Tentang Bola

~  Walaupun bola seringkali disepak, ditampar, dipukul & dibaling tapi percayalah bola itu tidak akan sesekali membalas perlakuan tersebut kepada anda.

~  Bola juga mampu membuatkan bini anda menjadi murung apabila rancangan drama kegemarannya digantikan dengan siaran langsung bola sepak

~  Walapuan anda tidak pernah duduk semeja dengan pemain bola sepak dan bertukar-tukar cerita mengenai hal peribadi, tetapi anda tetap akan menyokong seolah-olah anda sudah mengenalinya selama 18 tahun lamanya.

~  Ketika siaran langsung bola sepak sedang berlangsung, bukan sahaja pemain bola sepak yang sibuk, bahkan pelayan restoran mamak juga sibuk melayan karenah para pelanggan.

~  Dengan bola juga, ia boleh mengubah seseorang daripada kaya-raya menjadi papa kedana. (Judi Haram Disisi Agama Islam)

~  Sekalipun bentuk bola itu bulat, tetapi anda tidak boleh sewenang-wenangnya menukarkan bola tenis untuk bermain bola sepak, bola sepak untuk bermain bola lisut, dan bola golf untuk bermain bola ping ping dan juga bola keranjang untuk sukaneka membawa bola dalam sudu.





P/S : Bola itu bulat. Takkan jadi segi tiga atau pun segi empat.



1 comment:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...