Sunday 3 July 2011

Kita Serupa

Topek diterima bekerja di sebuah zoo. Tugasnya adalah untuk memakai sut monyet yang disediakan dan bergayut di atas pokok seperti monyet yang sebenar. Oleh kerana Topek mempunyai pengalaman memanjat pokok kelapa di kampungnya, maka kerja tersebut tidaklah terlalu sukar untuk dirinya. Namun begitu,pada suatu hari,dia terjatuh ke dalam kandang harimau yg bersebelahan kandangnya. Apa lagi, kecut perutlah si Topek ni apatah lagi melihatkan harimau tersebut sedang menghampirinya. Dia pun menjerit sekuat hati meminta pertolongan.

TOPEK : TOLONGGGGG! Matilah aku macam ni. Menyesal betul la aku amik kerja ni. TOLONGGGGG! Aku manusia la, bukan monyet. Jgn makan aku.

Harimau tersebut semakin lama semakin menghampiri diri Topek. Lalu harimau tersebut pun tiba-tiba berkata.

HARIMAU : Ssshhh! Baik kau diam. Karang tak pasal-pasal kita berdua kena buang kerja.


P/S : Nonton bola Taiwan vs Malaysia sambil dengar lagu Headwind - Kita Serupa..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...