Friday, 15 July 2011

Saya Pun Nak Bunuh

Seorang isteri dalam lingkungan umur 50an berlari menuju ke kedai yang menjual racun dan beliau meminta racun arsenik daripada pakar racun.

PAKAR RACUN : Puan, nak beli racun arsenik untuk apa?

PUAN : Saya nak guna racun ini untuk membunuh suami saya.

PAKAR RACUN : Jika itu alasan puan untuk membeli racun ini, minta maaf puan, saya tak akan menjualnya.

Lalu si isteri pun mengeluarkan sekeping gambar daripada beg tangannya dan menunjukkan kepada Pakar Racun. Lalu Pakar Racun melihat gambar seorang lelaki tua sedang berasmara dengan seorang perempuan muda yang sangat cantik diatas katil. Apabila Pakar Racun itu mengamati gambar tersebut, beliau pun terus bersuara.

PAKAR RACUN : Puan!! puan ambik lah racun ini percuma. Saya pun nak bunuh isteri saya dengan racun ni sekali!!!





P/S : Jangan sesuka jantung mempelbagaikan kegunaan Racun Arsenik. Minta nasihat daripada Pakar Memasak Racun Sedunia.


3 comments:

Blog Hangit said...

lawak2..ntah apa2 btol penjual tu..haha

Bluewendy said...

huhuhuhu..dasyhat~

muz said...

sengal...haha

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...