Sunday, 10 July 2011

Asal-Usul Nama (Masih Dalam Pertikaian)

1.) JUSTIN TIMBERLAKE - Pekerjaan nenek moyang beliau menimba (TIMBER) tasik (LAKE) untuk mendapatkan ikan.

2.) DAVID BECKHAM - Pengamal kaedah perubatan  tradisional iaitu bekam. Untuk menambah ciri-ciri omputih 'bekam' ditukar kepada "BECKHAM".

3.) CLINT EASTWOOD - Berketurunan pencari kayu (WOOD) api tapi di sebelah timur (EAST) sahaja.

4.) DAVID COPPERFIELD - Pelombong tembaga (COPPER) di padang {(FIELD) sekolah.

5.) TIGER WOODS - Untuk menyara hidup, nenek moyang beliau mencari kayu (WOOD) api di hutan. Tetapi malang tidak berbau, nenek moyangnya di baham harimau (TIGER)

6.) BRITNEY SPEARS - Atuk kepada moyang beliau dulu adalah pembuat tombak (SPEAR) senjata orang dulu-dulu.

7.) HUGH JACKMAN - Juru jual peralatan jek kereta.

8.) PETER JACKSON - Juga menjual peralatan jek kereta. Malah ada teori mengatakan nenek moyang beliau dan Hugh Jackman merupakan rakan sekerja.

9.) DEAN CAIN - Menjual kain di pasar malam.

10.) MICHAEL BALLACK - Penebang kayu balak (BALLACK) tetapi dibuang kerja akibat sering ponteng kerja disebabkan lewat bangun akibat menonton perlawanan bola lewat malam

11.) BILL GATES - Kontraktor pintu pagar (GATE)

12.) NICHOLAS CAGE - Pembuat sangkar (CAGE) burung & beruang

13.) CARLOS SANTANA - Pembekal santan seluruh Mexico & Timur Burma.

14.) JENNIFER LOPEZ - Menjual kuih lopes dan kuih lapis secara kecil-kecilan

15.) HALLE BERRY - Pengusaha ladang blueberry terkenal dan bukan tauke kedai menjual HP BlackBerry

16.) ERIC CANTONA - Pemandu lori kontena & sering menggunakan Laluan Karak

17.) FRANCIS LIGHT - Pekerja kedai lampu(LIGHT) & meminati Band dari Kanada "Lighthouse"



P/S : Yusuf Tayyob - Jual Kurma di Bazar Ramadhan

5 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...