Saturday 13 August 2011

Ajal Mu Belum Tiba

Jukjai merupakan seorang ahli Kelab Pencinta Alam telah ditugaskan membuat kajian tentang masyarakat peribumi yang ganas di hutan Amazon.

Sedang beliau berjalan di hutan, tiba-tiba dia telah dikepung oleh sekumpulan Cannibal. Jukjai berasa terlalu takut kerana dia memang tahu yang Cannibal mempunyai kegemaran makan daging manusia.

Dalam menunggu saat diserang oleh Cannibal. Tiba-tiba muncul satu suara yang datang entah dari mana dan berkata "Jangan takut wahai orang muda. Ajal mu belum tiba. Hahaha!! Ambillah batu besar berdekatan kaki mu itu dan hempukkan dekat kepala Ketua Cannibal itu" kata suara itu seraya terus menghilang.

Jukjai terus mengambil batu itu dan menghempuk kepala Ketua Cannibal itu. Di sebabkan hempukkan tersebut, Ketua Cannibal itu pun terus mati. Anak-anak buahnya tersangat marah sambil cuba menyelamatkan bos mereka.

Kemudian, suara itu itu muncul semula "Hai orang muda, sekarang barulah ajal mu tiba. Hahaha!" Suara itu terus menghilang.


P/S :Jangan terpedaya dengan suara-suara sumbang yang datang ntah dari mana..

1 comment:

Nana said...

Hahhah..ini lawak..jom gelak kat sini pulak...
http://blogkite2aje.blogspot.com/2011/07/cindarella-yang-malang.html

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...