Tuesday 23 August 2011

Jangan Degil, Nanti Awak Tak Mendarat

Seorang gadis yang berpakaian seksi dan berambut perang dengan selamba duduk di tempat duduk di kelas pertama sebuah kapal terbang yang akan berlepas ke Kuala Lumpur. Lalu seorang pramugari menyapa "Cik, tempat duduk cik dibelakang sana sebab tiket cik untuk kelas ekonomi".

"Eh! Awak siapa nak paksa saya duduk disana. Gadis cantik seperti saya tak layak duduk di belakang sana. Faham tak!!" Tengking gadis seksi itu dalam nada suara yg tinggi.
Kecewa dengan sikap penumpang itu, pramugari terus memberitahu ketuanya."Cik kena pindah ke kelas ekonomi kerana tempat duduk ini untuk penumpang lain"pujuk ketua pramugari itu.

"Awak ni pon lagi satu, takkan saya nak duduk di belakang kot tengok oranglah!!!" katanya. Oleh kerana tiada pilihan lain, mereka terpakasa memberitahu kapten dan kapten telah membisikkan sesuatu ke telinga gadis tersebut. Beberapa ketika, gadis itu bangun dan duduk di tempat yang sepatutnya. Ketua pramugari naik hairan melihat kejadian itu.

Lalu ketua pramugari bertanya kepada kapten "Apa yg kapten bisikkan kepada wanita itu tadi?"
"Saya beritahu dia, kelas pertama tak mendarat di Kuala Lumpur. Thats all" jawab kapten dengan selamba.


P/S : Cantik tak semestinya bijak

4 comments:

saya_arief said...

haha..cantik yang *****
kui3.

aliza said...

cantik tapi sengal susah juga kan.. nanti orang perguna kecantikan kita..

reza al-razi said...

Haha.. harap muka je lawa.. :-)

Unknown said...

Don't judge a book by it's cover...
haha

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...