Sunday 17 July 2011

Tips Cover Malu

1.) Tersepak batu - Jangan terus bangun, sebaliknya anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai. Lepas tu baru bangun bila tiada orang nampak.

2.) Terjatuh daripada basikal - Cepat-cepat naik semula basikal anda dan jatuhlah lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda sedang berlakon atau saja-saja buat lawak.

3.) Terjatuh tangga - Terus bersilat seolah-olah anda sedang dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus.

4.) Terjatuh dalam longkang - Pungut sampah yang ada di dalam longkang tersebut sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan. Hoh!

5.) Terjatuh ketika hendak menaiki bas - Jeritlah sekuat hati, “Oi! Apa tolak-tolak ni? Tak sekolah ke!!” walaupun tiada orang di belakang anda.
   
6.) Terjatuh di hadapan bus stop - Terus buat-buat pengsan sehingga ada orang datang membantu anda. Sekiranya tiada, baring kat situ sampai malam dan jika tiada orang lagi di bus stop, itulah masa yg sesuai untuk anda bangun.

7.) Tergelincir akibat lantai licin - Tarik kawan (atau sesiapa yang ada bersebelahan anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tidaklah anda sorang sahaja yang mendapat malu.


8.) Seluar terkoyak celah kangkang - "Aper senyum-senyum?? Ini ROCK fesyen baru la wei!! Tak baca majalah ke??"

9.) Terlupa bawa wallet - Tiba-tiba sahaja gastrik datang menyerang.





P/S : Tahun ni, nama korang tersenarai dalam Anugerah Bintang Popular (Pelakon Tips Cover Malu)

2 comments:

kaizen said...

ade yg dah lapuk pon...

tp yg wallet tu bese org buat cmni...

A : ko ade duit lebey?? aku tggl dompet rr...

or

A : aiseh... x cakap nk g mkn... x cucuk duit lg... ko ade duit lebey??

latest entry Isu HANGAT Blogger Minggu NI!!!

Nazryn Mishar said...

yg 3rd xpenah cube lagi . xpe , xpe . ade chance nnt , aku buat cam2 ~ hehs !

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...