LELAKI : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi
isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??
WANITA : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk
menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.
LELAKI : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana
aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.
WANITA : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan
yg kuberikan.
LELAKI : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!
WANITA : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan
masih lagi belum sahih.
LELAKI : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas
cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.
WANITA : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random'
yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.
LELAKI : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melaui proses pencaran dan
perolakan.
WANITA : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami
rintangan?
LELAKI : Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan
rintangan itu.
WANITA: Adakah kita akan berpadu secara kimia?
LELAKI : Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat
dengan menggunakan mikroskop cahaya.
WANITA : Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak
balas dengannya.
LELAKI : Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan
hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.
WANITA : Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali.
Masihkah kau tidak percaye?
LELAKI : Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.
WANITA : Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan
kita harus mengalami pecutan yg seragam.
LELAKI : Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.
WANITA : Tapi, imanku adalah infiniti!
LELAKI : Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum
mendarabkannya dengan 6x10'23.
WANITA : Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi
tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.
LELAKI: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.
WANITA : Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian........
P/S : Kepada cikgu sabjek kimia saya masa sekolah menengah dulu, saya nak mintak maaf sebab saya ada pecahkan tabung uji & saya sorok kat kabinet belakang makmal.. Maafkan saya cikgu..