Wednesday 8 June 2011

Kalau Tak, Sure Kita Masih Hidup..

Tersebutlah kisah dua ekor hantu. Sekor ni nama dier Hantu Gigil & sekor lagi Hantu Jantung. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu Gigil ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu Jantung yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu Gigil sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu Jantung dengan ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu Gigil.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu Jantung dengan hati yg sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap org tuh."

"So, ko dapatla tangkap org tuh?" tanya Hantu Gigil tanpa berhenti menggigil.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu Jantung mengakhiri ceritanya dengan kesedihan dan tangisan pilu sambil mendengar lagu New Boyz.

Hantu Gigil terdiam mendengarkan cerita Hantu Jantung. Selepas beberapa ketika, Hantu Gigil berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi"

P/S : Don't play three wood. Tengkiu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...