Thursday, 16 June 2011

Kirimkan Berita Dengan Segera

Seorang wartawan telah pergi ke sebuah pusat peranginan
untuk berehat..Setelah dua hari berada di pulau itu, tiba-tiba
berlaku kejadian yang tak diduganya iaitu tempat itu telah
dibom dan hampir 10 buah rumah rehat musnah..dan beberapa
lagi cedera parah.

Petang itu, Pengarang Akhbar tempat dia bekerja teringat yang
wartawan itu berada di pulau tersebut. Dengan sepantas kilat, beliau menelefon dan
menyuruh wartawan itu mengirimkan berita terkini untuk disiarkan di dakam akhbarnya.
"KIRIMKAN BERITA DENGAN SEGERA" kata Pengarang Akhbar.
Mereka membiarkan satu halaman kosong di muka depan
surat khabarnya untuk diisi berita mengenai peristiwa
pengeboman tersebut.

Akhirnya Pengarang Akhbar itu
menerima surat balasan dari si wartawan. Bunyinya.......






















































"JANGAN BIMBANG SAYA SELAMAT"

P/S : Buat pertama kalinya, muka depan akhbar tu kosong pada hari kejadian.

1 comment:

.m y z. said...

kahkahkah. kenapa lah sengal sangat kepala si wartawan ni .hahahah

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...