Wednesday 8 June 2011

Kitorang Reserve Je..

Ada 15 orang gila, mereka akan menjalani ujian kesihatan di Amerika. Mereka dibawa dengan menggunakan pesawat Hercules yang besar. Ketika di udara, orang-orang gila itu terlalu bising kerana bermain bola sepak di dalam pesawat. Kapten pesawat marah dan menyuruh co-pilotnya untuk menenangkan mereka. "Hoi! Bising sangat nie! Jangan main bola di dalam kapal terbang!!!" bentak co-pilot kepada orang-orang gila tersebut.

Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-kelamaan, Kapten curiga kerana situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk memeriksa lagi keadaan di belakang. Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah mati! Orang gila hanya tinggal 4 orang sahaja "Hei, kamu semua! Kenapa tinggal 4 orang sahaja? Yang lain ke mana?"

"Habis... tak boleh main bola kat dalam kapal terbang, jadi mereka main bola kat luar la"
"HAH?! Habis tu kenapa kamu semua masih berada di dalam?"

"Kitorang pemain simpanan"



P/S : Team A mengalahkan Team B 4 - 0.. Berrad  jaring 3 gol..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...