Thursday 2 June 2011

Mummy oH! Mummy

    Nak dijadikan citer ada le seorg bdk pompuan yang baru masuk tadika bertanya kepada mummynya.. "Mummy, mummy? sex tu apa Mi?".. Terkedulah si ibu. Maka dengan tak semena-menanya terasalah akan kemodenan alaf baru ini yg berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka termasuklah anaknya sendiri.

     Sesuai dgn konsep pendidikan seks yg sedang hangat diperkatakan, mulalah si ibu mencari jawapan yg sesuai utk anaknya dengan harapan anaknya takkan tertinggal dlm arus pendidikan sejagat. Maka si ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sex dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga, Shah Rukh Khan dan Kajol, Datuk K dan Ct Norhaliza, Prince William dan Kate serta diikuti diikuti dengan pembentukkan bayi dalam kandungan dan diselitkan juga dengan kisah percintaan antara mummy dan daddynya dr zaman universiti lagi sehinggalah dgn kehadiran si comel iaitu anak yg bertanya itu..

     Tiba-tiba si anak menangis teresak2.. Si ibu kehairanan dan bertanya. Si anak menjawab dlm tangisan.. "Jawapan mummy tu panjang sangat, ruangan jawapannya pendek je.." seraya meyerahkan buku latihan yang tertulis kat depannya..


|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...