Friday, 10 June 2011

Cintaku Kan Kekal Selamanya

Ehem.. Ehem!!~
Meh sini sumer. Saya nak story kat korang satu benda yg boleh membuat korang "touching".
Pergh! Muke Legend, Tapi Dalam Hati Ada taman. Rock2 cemana sekalipun, xleh lari drpd perasaan tu.


Ok.. Lompat ke titik (Straight to the point).. Citer dier mcm ni..

   


Satu kisah cinta baru-baru ini keluar dari China dan sekaligus menyentuh seisi dunia.
Kisah ini adalah kisah seorang lelaki dan seorang wanita yang lebih tua, yang melarikan
diri untuk hidup bersama dan saling mengasihi dalam kedamaian selama setengah abad.




Lelaki China ini berusia 70 tahun yang telah memahat 6000 anak tangga dengan tangannya sendiri
(hand carved) untuk isterinya yang berusia 80 tahun itu meninggal dunia di dalam gua yang
selama 50 tahun menjadi tempat tinggal mereka berdua.
50 tahun yang lalu, Liu Guojiang, pemuda 19 tahun, jatuh cinta pada seorang janda 29 tahun bernama Xu Chaoqin ...


Seperti kisah Romeo dan Juliet karangan Shakespeare, rakan & kaum keluarga mereka tidak menyenangi akan perhubungan mereka kerana perbezaan umur di antara mereka dan kenyataan bahwa Xu sudah mempunyai cahaya ....
 


Pada ketika itu, lelaki yang menjalinkan hubungan percintaan dengan wanita yang lebih tua umurnya tidak dapat diterima masyarakat dan dianggap tidak bermoral.....Bagi menghindari tanggapan masyarakat sekeliling, pasangan ini memutuskan untuk melarikan diri dan tinggal di sebuah gua di Desa Jiangjin, di sebelah selatan Chong Qing.




Pada mulanya kehidupan mereka sangat menyedihkan kerana tidak mempunyai apa pun, bekalan elektrik tiada mahupun makanan. Mereka hanya memakan rumput-rumput dan akar-akar yang mereka temui di gunung itu. Dan Liu membuat sebuah lampu gasolin untuk menerangi keadaan sekeliling mereka.
Xu selalu merasakan bahawa dia telah menyusahkan Liu dan ia seringkali bertanya,"Adakah kau menyesal?" Liu sentiasa menjawab, "Selama mana kita rajin, Selama itulah kehidupan ini akan menjadi lebih baik".
Setelah 2 tahun mereka tinggal di gunung itu, Liu mula memahat anak-anak tangga agar isterimya dapat turun gunung dengan mudah. Dan dia terus memahat selama 50 tahun.
Setengah abad kemudian, di tahun 2001, sekumpulan penyelidik melakukan ekspidisi ke hutan itu. Mereka terkejut kerana menemui pasangan tua itu dan juga 6000 anak tangga yang telah dibuat Liu.
Liu Ming Sheng, satu dari 7 orang anak mereka berkata, "Kedua orang tuaku saling kasih mengasihi, mereka hidup menyendiri selama lebih dari 50 tahun dan tak pernah berpisah sehari pun. Selama itu ayah telah memahat 6000 anak tangga itu untuk menggembirakan hati ibuku, walaupun dia jarang menuruni gunung.
 


Pasangan ini hidup aman damai lebih dari 50 tahun. Suatu hari, Liu ketika itu berusia 72 tahun pengsan ketika pulang dari ladangnya. Xu duduk dan berdoa disisi suaminya sehingga Liu menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam dakapannya. Disebabkan terlalu mencintai isterinya, genggaman Liu sukar dileraikan dari tangan Xu, isterinya.


"Kau telah berjanji akan memeliharakanku dan akan terus bersamaku sehingga akhir hayatku, sekarang kau telah mendahuluiku, bagaimana aku hendak meneruskan kehidupan tanpa mu?" 

Selama beberapa hari Xu berulangkali mengucapkan ayat tersebut sambil meraba keranda suaminya.
Pada tahun 2006 kisah ini menjadi salah satu dari 10 kisah cinta yang popular di China dan telah dikumpulkan oleh majalah Chinese Women Weekly.
Kerajaan telah memutuskan bagi memelihara "anak tangga cinta" itu, dan tempat kediaman mereka dijadikan sebagai muzium agar kisah cinta ini dapat berkekalan.


Demikianlah Al-Kisah cerita Kisah Cinta pasangan ini.

P/S : Don't Curang-Curang..

2 comments:

sab solhi said...

huhuhu... sweet giler... =')

Yusuf Tayyob said...

Sob! Sob!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...