Thursday, 9 June 2011

Aku Hanya Driver..

     Seperti yang kau tahu nama aku ISNIN bin SELASA.. Adapun aku dilahirkan pada hari KHAMIS, sampai ke hari nie aku tak tau
mengapa bapak aku bagi aku nama tu... Mungkin hari ISNIN adalah hari bersejarah dia berkenalan dgn bakal bini dia merangkap
mak aku kot... Mana lah aku tau kisah cintan-cintun diorang ni... Takde kuasa aku nak ambik tahu...

     Dan untuk pengetahuan korang, seperti yg korang lihat dan sememangnya tidak dinafikan lagi, aku dilahirkan sehensem-hensem
umat dan kerana itulah jugak semua awek kat Malaysia ni berebut sambil merayu-rayu nak aku jadik pakwe diorang.....
Siap ada senarai lagik. Tapi ada satu bende yang sedih. Setiap kali awek yg kuar dgn aku mesti 'BREAK' selepas aku ajak
diorang naik keta aku. Mengapa sayang!!!! Aku pun tak tahu mengapa.

     Intan, awek cun yang aku jumpe masa aku nak beli ikan todak kat pasar borong Simpang Taiping, Perak. Dia ni lain sikit sebab aku dah janji dgn diri aku bahawa dia lah awek aku yg paling last. MUKTAMAD dah ni. Surat menyurat takkan dilayan. Korang balas le sendiri. Kalau Intan tinggalkan aku macam awek awek aku yg dulu, sumpah aku tak nak kahwin ngan Tapir Mongolia.

     Bende yang aku menyampah tu jadik jugak. Setiap kali keluar 'Dating' kat Taman Tasik Taiping, Intan akan bersungut dan bersesungut kalau aku bawak motor Kriss aku yang dah tak rupa macam Kriss dan jugak tak bershape macam Keris Taming Sari. Macam-macam dia komplen. Dia tau aku keje sebagai driver. "Takkan takde kete. Bawaklah kereta awak tu.. Takkan nak peram kat rumah je. Tak syok la naik motor. Rambut berserabut la, muka cair la, kain terselak la, malu nanti orang tengok la, tak buleh nak seksi la..."

     Tapi aku tak sanggup kerana aku tau kalau aku bawak dia naik kete aku, sure itulah kali terakhir aku akan jumpa Intan. Intan sure akan mintak 'BREAK' atau akan mengghaibkan diri terus seperti yang dipelajarinya melalui David Blaine melalui akhbar Tamil. Berdesing telinga aku. Aku cakap kat dia, "Baiklah. Esok aku akan datang jemput kau naik kete besar. Jauh lagi besar dari kete lembu yang sering ulang-alik kat depan rumah kau".

      Seperti yang ku jangka, itulah kali terakhir aku berdating dgn Intan. Intan terus mengghaibkan dirinya seperti lalat yang hendak dipalu dengan telapak tangan. Aku dah agak dah mesti terjadi punyer. Cuma satu yang aku nak bagi nasihat kat korang semua, khasnya kepada yang pernah jadi awek aku atau bakal awek aku, jgn korang pandang hina kat orang yang keje cam aku ni. Satu hari nanti, korang kena naik jugak kereta aku ni...


Yang Benar 
Ketua Persatuan
Pemandu Kereta Jenazah
Se-Malaysia




P/S : Nak tumpang?? Boleh, xde hal. Tapi sampai tanah perkuburan je.. Nak??

6 comments:

syrupmasin said...

haha..tanah perkuburan?? :D

Yusuf Tayyob said...

UmaH aKu dekaT ngaN Tanah PerkuBuran.. KaLau Nak tumPang, Meh La.. Tapi smpai dekaT uMah aKu je.. Haha~

yatie Awang said...

hehe...lawak2...

saya KILA said...

ye saya nak tumpang . HAHAHA -

Yusuf Tayyob said...

Tapi toLong jaga JenazaH kejaP..

missxidi said...

kuang3...kalo xidi pon tak nak g dating naek kreta nih. tapi yang bagusnya buat kita ingat mati selalu tol tak? best2 n3 dalam ni so xidi follow yer. jemput la dtg blog xidi slalu, komen n3 n follow (^^)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...