Thursday 23 June 2011

Tak Kering Lagi

     Ada dua orang sahabat, mereka ni sangat akrab. Sorang bernama Hanif dan
yang sorang tu bernama Tony. Mereka ni penghuni setia rumah tumpangan
orang-orang gila.

     Pada suatu hari mereka dibenarkan bermain di kolam renang yang terdapat di
rumah tumpangan itu. Tapi mereka berdua ni tak pandai berenang. Si Hanif
berehat-rehat di bawah khemah manakala Si Tony tak habis-habis lari keliling
kolam renang tu.

     Tiba-tiba mungkin kerana keghairahan Si Tony ni terus melompat ke dalam kolam.... apalagi terkapai-kapailah dia meminta tolong. Sahabat yang setia, Si Hanif ni dengan pantas cuba menyelamatkan Si Tony. Fuh, nasib baik tak lemas. Memandangkan yang Si Tony tu dah basah kuyup dan kesejukkan, Si Hanif  dengan pantas membalut kawannye tu dengan sehelai tuala lalu cepat-cepat membawanye ke dalam bilik mereka.

     Keesokkan harinye Si Hanif telah dikerahkan menemui orang atasan. Kira pegawai ler tu. Apabila melihat wajah Si Hanif beliau mula berkata, " Saya  ada dua berita yang perlu saya beritahu awak. Yang pertama ialah berita baik, awak akan dibebaskan kerana awak telah dapat membezakan antara kecemasan atau tidak. Tindakan awak menyelamatkan Si Tony bermakna awak kini  mempunyai pemikiran yang waras. Namun saya juga ada berita buruk untuk awak, teman baik awak telah membunuh diri. Pagi tadi saya diberitahu yang dia dijumpai didalam biliknya dengan lehernya tergantung". Dengan muka selamba, Hanif pun menjawab, "Tidak tuan dia bukan membunuh diri tapi saya yang gantung dia supaya dia cepat kering".


P/S : Apesal tak jemur je kat bawah matahari. Kan senang..

6 comments:

Mr. Asada said...

ahhahaha.. tak jadi lah nak lepaskan si hanif. kang ade plak orang lain dia buat macam tu..

Jo Qusary said...

Kegilaan yg tak berkesudahan...

:: eiDza miRa :: said...

uihhhh...menakotkannn....!

Anyez Nasri ツ said...
This comment has been removed by the author.
Anyez Nasri ツ said...

if jemur bawah matahari , lambatlah mati ! haha .

fara_farez89 said...

hhahahah terbaekkkkk gile kentang! hahahaah

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...